REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 12 October 2010

CSU 12


CINTA SEORANG USTAZ 12

“KAU kena belajar untuk terima hakikat bahawa memang wanita itu tercipta untuk orang lain. Pakcik percaya, selama kau belajar di Maahad, kau telah didedahkan dengan hukum-hakam ALLAH, segala kehendak-NYA, takdir dalam kehidupan atau senang cakap, qada’ dan qadar yang telah ditentukan oleh-NYA. Sentiasa bersangka baiklah kepada ALLAH.” Haji Nik Majid menyudahkan ceramahnya kepada Iskandar. Sejak kematian abang iparnya Haji Abdullah Fahim, Haji Nik Majid terus saja memenuhi wasiat arwah supaya menjaga kakaknya. Oleh kerana rumahnya di Bachok terlalu jauh, kakaknya, Nik Safiah terus mengajaknya tinggal bersama. Hasil perkahwinan Nik Safiah dan Haji Abdullah Fahim, mereka dikurniakan dua orang anak. Kedua-duanya puteri. Nik Adelia dan Nik Khadijah.
         Nasib baiklah Haji Nik Majid mempunyai isteri dan anak-anak yang memahami. Anaknya yang tua berusia 17 tahun. Nik Syakir dan dua lagi anaknya adalah Nik Mujahidin 15 tahun dan yang bongsu, Nik Aziz, 12 tahun. Salbiah faham, Haji Nik Majid terlalu menyayangi kakaknya kerana mereka hanya dua beradik. Lagipun, sejak kematian birasnya, Nik Safiah seperti hilang arah tetapi apabila mereka tinggal bersama, barulah semangat kakak iparnya kembali.

“MAKANLAH Is, jangan segan-segan.” Jemput Nik Haji Majid. Ketika Nik Adelia dan Nik Khadijah menghidangkan makanan, mata Iskandar tidak lepas dari memandang mereka dua beradik. Manis. Rupa mereka tidaklah putih melepak dan berkulit gebu seperti Sandra. Muka mereka bersih tanpa sebiji jerawat pun.  Hatinya mula terpaut pada Nik Adelia yang berusia 25 tahun.
        -Is, ingat! Awak tu baru kehilangan cinta! Jangan nak mengada-ngada pasang yang lain! Suara hatinya mengingatkan. Astaghfirullah-al-azim. Cepat dia beristighfar dalam hati.
       -Jangan lupa awak tu dah minta tolong dengan Laila untuk berkahwin! Suara hatinya terus mengingatkan. Iskandar tersengih dalam hati. Baguslah hati aku ni! Boleh jadi PDA aku!
       “Sedap nasi kerabu ni, makscik. Siapa yang masak?” Iskandar memuji. Pada mulanya memang kaum Hawa itu tidak mahu makan semeja dengannya. Sebagai menghargai penat lelah mereka memasak, Iskandar berkeras agar mereka semua makan bersama.
      “Nik Adelia yang masok  nasik tu. Bakpo??” tanya Nik Safiah.
      “Sedap.” Selamba Iskandar menjawab. Hampir tersedak Nik Adelia mendengarnya. Pantas dia meneguk air.

“KAMU cuti ni, dah bagitahu pada Tuan Pengetua?” soal Haji Nik Majid ketika mereka sama-sama duduk di beranda sambil menghisap rokok. Iskandar mengaangguk. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya.
       “Tuan Pengetua tu sebenarnya Pak Itam saya. Adik mummy saya. Tapi tu tak bermakna saya suka nak ambil kesempatan terhadap positionnya.” Jawab Iskandar.  Haji Nik Majid mengangguk.
       “Sekejap lagi boleh tak pakcik temankan saya ke kubur arwah abah?”
       “Takut ke nak pergi kubur sorang-sorang?” Haji Nik Majid sengaja memerlinya. Eh orang tua ni! Dia ingat aku pengecut agaknya? Padahal memang takut pun. Hehehe… teringat dia bagaimana orang sekeliling kawasan itu memandang dirinya dengan pandangan aneh. Lagi satu sebab kerana kawasan perkuburan itu jauh dari rumah arwah abahnya. Jadi dia ingat tak ingat jalan menuju ke sana. Ketika Iskandar melunjurkan kakinya, dia terlihat Nik Adelia sedang menyiram pokok bunga manakala adiknya pula sedang menyapu daun-daun kering di lama. Tepat jam 9 pagi, Haji Nik Majid mengajaknya ke kebun. Dengan senang hati, dia mengikut langkah orang tua itu. Namun matanya tidka lepas dari memandang wajah Nik Adelia. Ada sesuatu pada wajah itu yang mengingatkannya kepada seseorang. Siapa agaknya?
SMK TAMAN INDAH

“BANGUN semua! Assalamualaikum cikgu.” Armand mengetuai ucapan salam sebelum pelajar lain mengikutnya.
       “Waalaikumsalam. Murid-murid semua boleh duduk.” Cikgu Narita membalas salam mereka. Asyraf, kawan baik Armand menoleh ke kiri. Melihat jika kelibat yang dicari ada lalu di situ.
       “Cikgu, Ustaz Iskandar Zulkarnain tak datang ke?” soalnya. Cikgu Narita menggeleng.
       “Sebab itulah saya yang masuk kelas awak untuk gantikan dia. Hari Rabu baru dia datang semula.” Jawab Cikgu Narita.
       “Jadi, saya nak awak semua senyap. Kalau nak buat perbincangan ke, homework awak ke, tolong perlahan-lahan. Jangan nak bising-bising.” Cikgu Narita terus saja menyambung kerja-kerjanya yang terbengkalai sejak dari pagi tadi. Laila dan Najwa terus mengeluarkan buku Add Maths untuk menyiapkan kerja rumah yang baru diberikan oleh Cikgu Mutu tadi.
      “Kenapa bakal laki kau tu tak datang, Laila?” soal Najwa sambil mengeluarkan pen kilometrico hitamnya. Laila membulatkan biji matanya apabila memandang Najwa.
      “Banyaklah kau punya bakal laki! Aku cucuk juga bijik mata kau dengan mata pen ni karang!” Laila pura-pura marah. Dia memandang kembali kerja rumahnya.
      “Habis tu, kau dah beritahu mak kau tak yang ustaz nak ambil kau jadi bini dia?” soal Najwa. Laila mengeluh perlahan.
      “Aku tak beritahu lagi pada mak aku. Lagipun, tinggal berapa bulan je lagi, kita nak SPM.  SPM belum lagi, dah dilamar orang? Mahu mati terkejut jugak mak aku tu nanti! Orang mati terkejut sebab terkena serangan jantung. Ni, mak aku mati terkejut sebab anak dia kena lamar sebelum periksa!” sempat Laila membuat lawak. Najwa mencebik.
      “Laila, kau perasan tak apa yang aku perasan?” Najwa mengalih topik. Laila merenungnya.
      “Perasan apa?” soal Laila.
      “Aku perhatikan, si Armand tiga suku tu macam ada hati aje dengan kau? Kau tak suka ke?” Najwa mula merepek bukan-bukan. Laila menjeling tajam. Setajam mata lembing hulubalang zaman Kesultanan Melayu Melaka.
      “Kau jangan nak merepeklah! Setakat si Armand budak tiga suku yang anak emak tu, baik tak payah! Bila kita tegur dia, sikit-sikit ibu aku cikgu! Sikit-sikit ibu aku cikgu! Menyampah aku! Meluat betul!” merah menyala muka Laila apabila Najwa menimbulkan persoalan itu. Armand ada memberinya sepucuk surat dua minggu lepas. Tak silapnya, Najwa tidak hadir ke sekolah ketika itu kerana demam panas. Isi kandungannya ringkas. Armand mahu menjadikan dirinya sebagai teman wanitanya.  Sehingga kini, isu surat tersebut masih belum dipanjangkan kepada Najwa. Tapi itu tak bermakna dia terus mahu merahsiakannya dari pengetahuan kawan baiknya itu. Dia cuma perlukan masa dan situasi yang sesuai untuk hal itu.

VILLA JANNAH

“TASHA tolong daddy di pejabat, boleh?” soal Datuk Alexander ketika mereka sedang makan malam bersama. Simon sepatutnya pulang hari ini namun batuk yang semakin melarat membuatkan Datuk Alexander terpaksa membatalkan tiket hari ini.
       “Daddy, Tasha mana tahu nak buat semua kerja pejabat. Lagipun, Tasha kan baru habis belajar. Bagilah Tasha releasekan tension dulu.” Jawab Natasha sambil tersengih.
       “Sebab tak tahu buatlah kena buat. Sampai bila Tasha nak duduk rumah? Kalau macam tu, apa guna daddy hantar Tasha belajar di Oxford? Nak habiskan duit daddy? Daddy tak peduli! Esok, siap awal pagi, ikut daddy ke pejabat.”
      “Arahan ke permintaan, mummy?” Natasha memandang Datin Aminah. Mummynya menggeleng.

No comments:

Post a Comment