REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 12 October 2010

CSU 3

CINTA SEORANG USTAZ 3

“SEDAPNYA lauk Mak Jah buat hari ni!” tertelan-telan air liur Iskandar melihat masakan Mak Jah. Sambal petai udang dan sup sayur yang dicampur berbagai jenis cendawan.  Air liurnya terasa meleleh bila melihat pucuk pegaga, ulam raja, daun  selom. Tanpa menunggu setengah saat, dia mahu mengambil pinggan tapi tangannya dibantai oleh Datuk Alexander.
        “Kau ingat kau tu anak raja? Nak mencekik makanan ni semua sorang-sorang?” Daddynya memerli. Iskandar menarik muka masam.
        “Tunggu Mak Jah dengan mummy siapkan hidangan dulu. Lepas tu baru makan.” Iskandar hanya mengangguk akur.

“IS, daddy ingat daddy ada nak kasikan kau sesuatu sempena hari jadi kau esok.” Ujar Datuk Alexander setelah meneguk sedikit air ribena. Iskandar terus menyuap nasi ke mulutnya bagai tak makan 1000 tahun. Habis semua ulam-ulam dimakan bagai kambing meragut rumput.  Langsung dia tak mempedulikan kata-kata daddynya. Mak Jah yang sedang meneguk air suam menggeleng perlahan.
        Tambah lagi! Bulat mata Datuk Alexander melihat Iskandar menyenduk dua senduk nasi ke pinggannya. Trip ketiga dah ni!
        “Kau dengar tak daddy cakap tadi?” Tanya Datuk Alexander apabila melihat Iskandar masih dengan makanannya.
        “Abang takkan tak tahu anak abang yang sorang ni? Kalau makan, laparnya macam 1000 tahun tak jumpa makan!” perli Datin Aminah. Suaminya memandang mak Jah.
       “Kak, lain kali kalau nak masak, tak payah masak sesedaplah. Kesian tengok ada orang tu makan macam kebulur sangat!” Datin Aminah dan Mak Jah tergelak bila Datuk Alexander terus mengutuk Iskandar.

“KAU nampak tak apa yang aku nampak, Laila?” Tanya Najwa ketika dia membelek sebotol syampu di pasaraya Tesco. Laila menggeleng.
       “Kau pusingkan kepala kau ke kiri.” Arah Najwa. Laila hanya mengikut. Ya Allah, ustaz aku ke ni? Laila melihat tangan kiri Iskandar sedap melingkari pinggang Sandra yang sedang membelek beberapa helai baju tiub. Melihat Iskandar mahu memusingkan kepala, lekas-lekas dia menunduk.

“I rasa daddy I tu dah gila tau. You tahu tak, dia tak kasi kita kahwin?” Sandra terus memandang Iskandar. Tak bagi kahwin? Macam mana ni???
       “You cakap betul-betul sayang! I dah tak sedap hati ni.”
       “Betul, I tak tipu. Dia cakap, kalau dia tahu I ada pasang niat nak kahwin dengan you, lebih baik dia bunuh diri.” Terkejut Sandra. Otak Datuk Alexander tu dah kena baham dengan zombi ke?
       ‘Apa hadiahnya daddy?’
       ‘Hadiah tu akan menjadi sah sepenuhnya milik kau pada 22/2/2012  kalau kau ikut apa yang daddy minta.’
       Besar sangat ke hadiah tu? Betul-betul genap umur 30 tahun baru aku dapat. Pandai daddy aku mengira. Tapi hadiah apa? Iskandar merenung Datuk Alexander. ‘Daddy nak apa?’
       ‘Daddy nak kau cari wanita bertudung dan daddy bagi tempoh hingga tarikh lahir kau tahun depan. Lepas tu, kahwin. Tahun seterusnya, daddy akan berikan hadiah tu. Lepas dapat hadiah tu, masih ada lagi satu benda yang daddy minta.’ Apalah daddy aku ni, banyak sangat permintaan. Macam ajal dia nak tiba lagi setengah saat  je!
       ‘Apa bendanya?’ daddy ni nak buat treasure hunt ke? Betul-betul rahsia ni.
       ‘Tunggu.’ Iskandar masih teringat perbualan dengan daddynya tengah hari semalam.
TO:
       ISKANDAR ZULKARNAIN BIN DATUK ALEXANDER AL-HAFIZ
       GURU AGAMA
       SMK TAMAN INDAH

       “Kau ada nampak sesiapa letak surat ni atas meja aku, Fiz?” CIkgu Hafizuddin menggeleng. Dengan penuh debaran, dia membukan sampul surat tersebut. Dia menarik isinya. Iskandar menepuk dahi. Ini gambar aku keluar dengan Sandra semalam! Siapa yang amek ni?!
       Iskandar menepuk dahi. Siapa pulak yang intip aku ni? Di celah-celah gambar tu, ada sekeping surat. Pantas tangannya mengambil surat yang dilipat ala-ala sampan dan membacanya:

Assalamualaikum…

Tak sangka seorang ustaz  boleh ada makwe begitu. Saya cuma nak ingatkan sesuatu. Tolong pulangkan barang saya dalam masa tiga hari dari tarikh surat ni. Letakkan saja barang-barang saya di meja sudut Nilam dalam kelas  5 Emas. Jika tak, gambar –gambar nie akan sampai ke Datuk Alexander.

                                                                                                                                    21/2/2010                                                                                                                                  L.M.L

         Siapa pulak yang main ugut-ugut nie? Jari telunjuk kanannya mengurut-urut side burn yang panjang hingga bawah telinga. Bosan mengurut, rambut pendeknya ala-ala Fabio Cannavaro diramas lembut. Dia pernah mendengar ada pelajar-pelajar yang menggelarnya ‘kembar Fabio Cannavaro’
        Direnung lagi surat tersebut. Kenapa tulisan ni macam aku pernah kenal ye? Puas Iskandar memikirkan tulisan siapa. Direnung lagi dan lagi surat itu. L.M.L? Siapa ek?
        ‘Kalau ustaz tak bagi buku saya dalam waktu terdekat ni, tahulah saya nak buat apa.’ Suara Laila masih berlalu-lintas di telinganya. Laila? Pantas tangannya mengambil buku latihan agama kelasnya dan mencari nama Laila. Jumpa! Terus diselak sehelai demi sehelai buku latihan Laila. Ya Allah, harap muka aje cantik. Tulisan… Iskandar menggeleng kepala. Kejap condong ke kiri. Esok senget ke kanan. Lusa satu-satu macam budak darjah satu! Tulat, bulat-bulat macam orang rabun dekat! Langkat, dah ala-ala doctor pulak! Dibandingkan betul-betul dengan surat yang diterima dengan semua jenis tulisan Laila. Akhirnya…
This is it ohh… I finally found someone… eh, boleh plak berangan jadi Bryan Adams sekejap!
        Someone yang nak main-main dengan aku!!! Nanti kau!

“CEPATLAH Laila!” Najwa menarik tangan Laila apabila melihat kelas mereka kosong. Laila menoleh ke kiri dan ke kanan.
       “Aku takutlah, Najwa!” Laila teragak-agak. Najwa menepuk dahi.
       “Eh bangang! Kau yang buat rancangan ni, kau balik yang takut eh!” bulat mata Liala mendengar gelaran baru untuk dirinya.
       “Sampai hati kau cakap aku bangang!” Laila merajuk. Najwa tak peduli.
       “Aku dahlah mengantuk! Kau suruh aku temankan, aku sanggup kena tinggal bas sampai pukul 3 tau! Cepat!” Najwa terus menarik lengan Laila dan menuju ke sudut nilam. Cepat-cepat diambil novel sastera Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said. Bila mereka berpaling…

No comments:

Post a Comment