REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 12 October 2010

CSU 5

CINTA SEORANG USTAZ 5

DI  HQ ALEXIS-AMINA HOLDINGS CORPORATION

“I  don’t  know  how can I say.  But I really... really disappointed.” Simon Brown mengeluh. Datuk Alexander hanya memandang wajah sayu ayahnya.
      “Dad. In what reason he must do this? My sons are not guilty? But why William want to killed them?” Simon Brown hanya mengangkat bahu.
      “He told to me that... he was so ashamed when you married a Malay girl. But to me... it’s not a big deal!”
      Dad dengan mom takde apa-apa, dia lebih-lebih pehal plak?
     “You know Alex... I have asked him why he so ashamed and he said that... that our family are the strong believer  of  Roman Catholic.  All Midsomer know  that. He added that furthermore, I’m the honourable dean at Midsomer Church.” apalah nak jadi dengan adik aku yang sorang ni?
     “Where are you stay now, dad? I mean, which hotel?”
     “Everly Resort.” Jawab Simon. Datuk Alexander mengangguk.
     “ 5 in the evening after office hour, I will take you. Just stay with me okey?” Simon mengangguk setuju.

.............................

SMK TAMAN INDAH
1.30 petang

“AMEK granddad? Kat mana?” Iskandar mendengar seketika butir bicara daddyya dan mengangguk.
      “Oklah jugak. Tapi Is tak janji boleh tiba sana sharp 5 petang. Daddy cuma suruh granddad tunggu aje kat situ, ok?” selepas Iskandar mengangguk, talian diputuskan.
      Iskandar masuk semula ke dalam kelas.  “Saya nak awak siapkan nota-nota awak tu. Minggu depan, saya check. Dan  latihan yang saya bagi tadi, tolong hantar di meja saya tengah hari esok.” Semua pelajar mengangguk faham.
      Seperti biasa sebelum kelas tamat, Iskandar akan memberikan tazkirah. Pelajar yang suka boleh tulis dan simpan.
      “Ingat. Apa yang terjadi dalam hidup kita, semuanya dah ditakdirkan oleh-Nya. Dan kita sebagai hamba sepatutnya menerima semua itu dengan hati yang penuh keredhaan. Contohnya, jika ditakdirkan seorang wanita hamil tanpa nikah, perlulah dia menerimanya dengan hati yang redha.
      Kita mesti sentiasa bersangka baik  kepada Allah. Dia tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Dan kepada wanita tersebut, cuba cari hikmah disebalik apa yang ditakdirkan. Bila baby tu lahir nanti, dia akan diserahkan kepada keluarga angkat yang langsung tak punya anak. Kan itu membahagiakan orang lain? Dan percayalah, Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik untuk kita apabila  Dia mengambil sesuatu dari kita hari ini.” Dan Iskandar mengakhiri tazkirahnya dengan bacaan Surah al-Asr. Begitulah rutinnya. Sebelum kelas dimulakan, dia akan membaca Al-Fatihah beramai-ramai bersama pelajarnya dan dia akan menerangkan maksud semua ayat-ayat tersebut. Di akhir kelas selepas tazkirah, dia akan mengakhirinya denga surah al-Asr beserta penerangan maksudnya.
  


..............................................

DI VILLA JANNAH

MERDU. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat apabila Simon mendengar alunan merdu Tarannum Bayati yang dibacakan oleh menantunya. 
      Bacaannya terhadap kitab Injil terhenti seketika. Didengar lagi bacaan menantunya. My God. Merdunya. Hatinya sudah tidak tahan. Tangannya menggenggam kuat salib yang tergantung di lehernya. Namun kepalanya pantas menggeleng.
      Aku ketua paderi yang paling dihormati di Midsomer! Mana mungkin aku sudah jatuh hati dengan Islam? Dia menggeleng beberapa kali. Kemudian, Simon menumpukan seluruh perhatian untuk membaca Injilnya. Makin ditumpu, makin tidak keruan kepalanya. Sepanjang 35 tahun menjadi seorang paderi, dia tidak pernah begini!
      Simon tiba-tiba teringat dengan Kitaro, kawan baiknya. Kitaro sendiri mengakui bahawa azan yang pernah dia dengar ketika dia berada di KL untuk persembahannya adalah sebuah seni. Dengan baju paderinya yang hitam, dia keluar dari bilik. Simon menuju ke bilik Iskandar. Pintu yang sedikit renggang membolehkannya melihat aktiviti cucunya.
      “Fabiai’i ala irobbikuma tukazziban.” Simon mendengar Iskandar menyebut ayat dalam Surah Ar-Rahman berulang-ulang kali. Apa maksudnya sampai banyak kali si Is sebut?

“KAK, mari duduk sekali. Makan macam biasa.” Datuk Alexander mengajak Mak Jah. Dia dan isterinya lebih suka menganggap Mak Jah seperti kakanya sendiri. Wanita berusia awal 60-an itu agak keberatan memandangkan ayah tuannya berada di situ.
      Datuk Alexander faham. “Jangan risaulah, kak. Ayah saya ni, baik orangnya”. Mak Jah akur dan duduk di sebelah Datin Aminah. Manakala Iskandar yang baru turun dengan jubah putih dan berserban duduk di sebelah datuknya.
       “Is, baca doa nak.” Pinta Datuk Alexander. Simon melihat pakaian cucunya dari atas hingga bawah. Setelah mereka mengaminkan doa, Simon pula berdoa dengan caranya. Datuk Alexander meminta semua menunggu sehingga ayahnya habis membaca doa.
      Amen. Simon menghabiskan bacannya. Mereka mula menjamu selera.
      “Kamu nak kemana ni, Is?” Tanya Datuk Alexander sambil tangannya ligat mematah-matahkan pucuk pegaga di dalam pinggannya.
      “Hari ni ada ceramah agama kat Masjid Al-Azim. Is nak pergi dengan Hamka.”
      “Siapa penceramahnya?”
      “Datuk Dr. Fadzillah Kamsah dengan Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz.” Jawab Iskandar. Datuk Alexander mengangguk perlahan. Kadang-kala, perwatakan Iskandar menyejukkan haati tuanya. Tapi kadangkala, boleh meletupkan  darahnya.      
      Simon menjeling seorang demi seorang di atas meja makan. Terbukti, apa yang difikirkan tentang Islam selama ini adalah salah belaka.
     Islam agama pengganas! Islam agama yang tak adil! Semua penganutnya adalah terrorisme! Islam sudah tidak relevan dengan perkembangan zaman yang pesat! Islam agama penindas!
     “Jadi, kamu Isyak di sanalah?” soal Datuk Alexander sambil membasuh tangannya. Anaknya mengangguk.


SIMON mengintai dari luar apa yang Datuk Alexander, Datin Aminah dan Mak Jah lakukan. Berdiri, menonggeng, duduk. Adakah ini cara sembahyang mereka? Tak penatkah mereka melakukan perkara yang sama sebanyak lima kali dalam sehari?                                                                    
    

No comments:

Post a Comment