REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Sunday 14 November 2010

WUC 6

WAKE UP CALL 6

SETELAH mengenakan Nehru Jacket pada badannya, dia meletakkan sedikit gel di tapak tangannya dan disapukan pada rambutnya. Fahem membetul-betulkan lagi Nehru Jacket hitam itu. Suit tersebut dibeli di India ketika dia bercuti bersama-sama Fiona. Setelah memastikan penampilannya sempurna, dia turun ke bawah. Puan Sri Sharifah dan Mak Kiah yang sedang menonton Buletin Awani 7.45 segera menoleh apabila terbau haruman Black Suede Fahem.
        “Anak mummy lawa-lawa ni, nak ke mana?” soalnya. Fahem hanya tersengih.
        “Nak keluar dengan kawan sekejap.” Puan Sri Sharifah memandangnya atas bawah.
        “Kenapa mummy?” soal Fahem. Dijeling tubuhnya.
        “Segak anak mummy pakai macam ni. Macam... siapa ni... yang idola Fahem tu?” Puan Sri Sharifah ingat-ingat lupa.
        “TDM. Tun Dr. Mahathir.” Jawab Fahem, bangga. Mak Kiah tersengih saja. Tun Dr. Mahathir mempunyai identitinya tersendiri. . Oleh kerana itu, dia melihat TDM  sentiasa segak dan kelihatan berkarisma. Fahem pernah membandingkan antara Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Abdullah, dan Datuk Seri Najib. Kesemua mereka tidak pernah memakai Nehru Jacket seperti Tun Dr. Mahathir. Oleh kerana itu dia juga seperti TDM. Dia hanya memakai suit tiga lapis setiap hari Rabu saja. Hari lain, dia lebih senang meniru gaya TDM.
        “Okeylah mummy, Mak Kiah. Fahem pergi dulu.” Selepas mencium tangan Puan Sri Sharifah dan Mak Kiah, dia terus menuju ke BMW X5.

“SAYANG, kita nak ke mana?” soal Camylia setelah duduk di sisi Fahem. Lelaki itu hanya menyepi. Satu perkara yang paling dibenci ketika keluar bersama Camylia... wanita itu akan menukar stesen radio kegemarannya, Mix FM, Lite FM, Hitz FM, Fly Fm dan Red FM kepada siaran radio Hot FM, Sinar, Era atau apa saja yang lagunya Melayu. Dia bukan tidak suka pada lagu Melayu. Cuma tak berapa nak minat saja. Kadangkala tengok pada lagu. Jika lagu itu best dan boleh diterima telinganya, dia akan download dari internet. Jika tak, buat tak tahu sajalah.
         “I rasa I kena letak syaratlah bila kita nak keluar.” Ujar Fahem sambil memusingkan stereng ke kanan. Camylia memandangnya.
        “Syarat apa?” soal Camylia.
        “You tak boleh nak tukar siaran radio setiap kali masuk dalam kereta I. Kalau I dengar siaran Hitz, dengar jelah. You pun tahu kan, I suka siaran radio Inggeris. So please, lepas ni kalau keluar dengan I tolong jangan tune pada siaran lain, eh! I tak suka!” dengan tegas Fahem menyatakannya. Tangannya menekun butang, menukar semula siaran Red. FM. Camylia hanya memuncung. Dijeling Fahem berkali-kali.
    
“AKU nak kau serahkan kawasan kau pada aku!” ujar Mark sambil menghisap cerut. Fahem mengerutkan kening.
       “Kenapa?” soalnya. Tangan kirinya tak lepas dari melekat pada pinggang Camylia.
       “Kau tahu tak, kau sebenarnya banyak merugikan bisnes aku!” sambung Mark. Fahem buat tidak faham.
       “Rugi apa pulak?” balasnya kemudian. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari hidungnya, naik ke udara. Camylia mengawang-awangkan tangan, konon-kononnya ‘menghalau’ asap tersebut.
       “Satu kedai kat situ aku boleh dapat wang perlindungan RM500. Kalau sepuluh kedai, dah RM5000. Kalau seratus kedai, kau kiralah sendiri.” Tambah Mark.
       “Dah RM50,000.” Jawab Fahem dengan selamba. Mark menghentak meja di hadapannya. Pantas dia berdiri.
       “Kau jangan nak naikkan darah aku, Fahem!” jari telunjuknya tepat pada hidung Fahem. Dengan senyuman, Fahem menolak tangannya.
       “Aku nak tanya kau. Kau kutip wang dari mereka sebagai wang perlindungan. Perlindungan apa yang kau bagi pada mereka?” tanyanya pula. Fahem dan orang-orangnya sudah tersenyum mengejek. Mark terasa mendidih dengan senyuman sinis itu.
       “Aku melindungi mereka dari penjahat, perompak, penyangak, gangster, mafia...”
       “Kau lindung mereka dari mafia?” soal Fahem diiringi tawanya yang berdekah-dekah.
       “Kau sendiri pun mafia! Hei... dengar cakap aku ni. Kau tak payah sibuk-sibuk nak lindung diorang. Tahulah diorang nak repot polis kalau berlaku sesuatu perkara buruk, bodoh!” Fahem meneguk coke di dalam tin. Pantas Mark berdiri dan mengacukan pistol tepat di mata Fahem setelah mendengar lelaki itu memanggilnya bodoh.
       Fahem tidak mahu kalah. Dia berdiri sambil mengeluarkan Pistol Mamba. Terangkat bahu Mark kerana terkejut. Pistol itu tepat diacukan ke jantungnya. Mark tahu, pistol tersebut dinamakan Mamba sempena nama ular di Afrika Selatan, Black Mamba yang terkenal dengan racun berbahaya. Apabila sekali menggigit, tiada harapan untuk mangsanya terus hidup.
       “Kau masih nak ugut aku lagi? Hah!” Fahem merapatkan pistolnya pada jantung Mark. Telinga lelaki itu ditarik.
       “Sekali lagi aku bagi kau warning. Kalau kau suruh aku serahkan kawasan aku pada kau, siap sedialah untuk bertaubat sebelum mati!” Fahem menyisipkan pistolnya pada pinggangnya. Pantas dia ke tingkat bawah dan berhibur bersama Camylia.

“KAU perasan tak laki tu? Aku macam kenal je.” Ujar Candy sambil meliuk-lentok di sebelah teman lelakinya, Carl Flack. Fiona memanjangkan lehernya. Siapa?
        “Mana? Aku tak nampak pun? Dia duduk kat mana?” soal Fiona lagi. Candy menunjuk dengan jari telunjuknya.
        “Tu... nampak tak yang duduk di sofa hitam tu. Perempuan kiri kanan. Seksi pulak tu. Mafia ke agaknya jantan tu? Siap ada bodyguard lagi.” Tambah Candy. Dia tidak perasan wajah Fahem kerana dia rabun jauh.
        Mafia? Fiona mengerutkan kening. Pantas dia berdiri. Pengunjung yang terkinja-kinja menyebabkan penglihatannya jadi semak dan rimas. Bila pengunjung berhenti berkinja-kinja, barulah dia dapat melihat dengan jelas. Fahem!!!
        “I nak ke sana sekejap.” Tanpa menunggu Cady bersuara, dia terus menuju ke situ.
        Fahem yang sedang seronok bersama dua perempuan yang mengapit di kiri dan kanannya tiba-tiba terkejut apabila melihat Fiona di hadapan.
        “Errr...”
        “Ohh... I ajak you datang sini, you cakap you ada appointment dengan klien. Habis tu, siapa dua orang betina ni?” jerkah Fiona. Fahem sudah terkulat-kulat.
        “Ermmm... err.... no... tad... tadi I memang ada jumpa orang. I jumpa Mark. Ada hal sikit kami bincang. Hal mafia.” Jawabnya dengan senyuman plastik.
        “You memang jantan gatal!” Fiona terus menyerangnya dan membantainya dengan ashtray kaca di atas meja. Serangannya tidak kena pada Fahem tetapi pada kedua-dua wanita yang memeluk Fahem untuk melindungi lelaki tersebut. Beberapa orang bodyguard Fahem menarik lembut Fiona dan didudukkan di sofa.
        “Sabarlah. Jangan nak marah tentu pasal.” Pujuk Fahem setelah duduk di sebelah Fiona. Wanita itu menjeling.
        “Macam mana I nak sabar? You tu, selalu sangat menipu! Bila nak keluar dengan betina lain, selalu sangat tipu pada I! Ada apointmentlah, itulah, inilah! Kalau I buat you macam tu, you marah tak?!” Fiona menjeling.
        “I tak peduli! Malam ni I tidur kat apartmen you!” Fiona membuat keputusan. Fahem sudah terkulat-kulat.
        “I ada... ermm... meeting dengan...”
        “Meeting dengan siapa malam-malam buta ni?!” jerkah Fiona lagi. Fahem memandang Camylia dan Wani. Dia sudah berjanji untuk bermalam dengan mereka berdua. Lalu, dia menggamit tangannya mengisyaratkan Zaki supaya datang kepadanya.
       “Kau dengan Don hantar Wani dengan Camylia kat Sunset Hotel, dalam suit aku. faham!” Fahem berbisik di telinga Zaki. Lelaki itu mengangguk faham.

SAMBIL memandu BMW X5 Fahem, sesekali Razif menjeling cermin pandang belakang. Melihat aksi Fahem bermesra bersama Fiona. Kadang-kadang, terdengar Fiona merengek-rengek bagai anak kecil padanya. Entah apa yang diminta, dia tidak tahu. Ketika sedang melalui Lebuh AMJ, dia terlihat ada kemalangan kecil di tepi jalan. Kebetulan lampu isyarat bertukar merah, dia pun menoleh ke kiri.
       “Tuan, tu Mark kan?’ soalnya pada Fahem yang sedang menyandarkan kepalanya.
       “Mana?” soalnya.
       “Tu.” Jawab Razif. Mata Fahem mengikut jari telunjuk Razif. Diamati Wira Aeroback tersebut. Macam pernah kenal je? Detik hatinya. Nur Syuhadah!
       “Kita ke sana Razif!” arahnya.

“AWAK dah langgar kereta saya, tapi kenapa saya pulak yang kena bayar?” soal Nur Syuhadah. Mark hanya tersenyum-senyum. Safiyyah di sebelahnya sudah bosan dengan Mark. Sekali imbas, dia tahu lelaki itu mesti penjahat. Fatimah dan Zahra sudah bersiap sedia. Dia takut jika lelaki itu berniat jahat terhadap mereka berempat.
       “Kau jangan banyak cakap. Bila aku suruh bayar tu, bayar sajalah!” Mark sudah naik angin. banyak songeh betul betina sorang ni!
       “Saya takkan bayar! Bukan salah saya! Salah awak. Awak yang tak reti bawak kereta.” Nur Syuhadah tetap dengan keputusannya.
       “Kau jangan banyak cakap ya! Aku ro...”
       “Kalau kau nak mati awal, rogollah dia!” Mark terdengar satu suara dari belakang Nur Syuhadah. Arghhh... anak Tan Sri ni lagi! Hatinya mendongkol geram.
        “Hei, kau jangan nak sibuk dengan hal aku, boleh tak?” Mark memberi amaran. Fahem sudah ketawa berdekah-dekah.
        Kaki Nur Syuhadah bagai terpijak gam gajah. Langsung tidak boleh bergerak. Dia terkejut kerana Fahem tiba-tiba di depan matanya. Safiyyah sudah tersenyum. “Hero kau datanglah. Sekali imbas, aku tengok dia dah macam Jet Li pulak.” Bisik Safiyyah di telinga Nur Syuhadah. Ustazah muda itu menjeling rakannya. Fatimah dan Zahra memandang Safiyyah.
        “Siapa tu?” soal Fatimah sambil berbisik.
        “Pakwe Ada.” Jawab Safiyyah dengan senyuman. Zahra dan Fatimah memandang Nur Syuhadah. Fahem memandang wanita idamannya itu.
        “Apa yang terjadi, Syuhadah?” soalnya. Nur Syuhadah terkaku seketika. Bila lengannya disiku Safiyyah, barulah dia bersuara.
        “Laki tu langgar kereta saya. Tapi Fahem, dia suruh saya bayar pulak. Padahal, bukan salah saya pun.” Jawab Nur Syuhadah. Mark memandang mereka.
        “Ohh... jadi awak dah kenallah si Fahem ni? Hmm?” Mark mengajukan soalan kepada Nur Syuhadah tetapi Fahem pula yang mengangguk.
        “So, apa lagi yang kau tunggu? Bayar ajelah!” jeritnya di telinga lelaki itu.
        “Kalau aku tak mahu?” Mark sengaja mencabar Fahem. Sangkanya Fahem akan menendangnya. Tetapi dia silap. Sebaik sahaja Fahem mengeluarkan Pistol Mambanya, semua konco-konconya berbuat begitu. Lebih menggerunkan, mereka berani mendekatinya dan mengacukan pistol masing-masing di kepalanya. Dia hanya bertiga. Sedangkan Fahem bersama 10 orang pengikutnya. Lagi empat orang pengikut Fahem mengacukan pistol di kepala kedua-dua pembantunya. Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan duit sebanyak seratus ringgit. Sekilas, Fahem memandang kerosakan di kereta Nur Syuhadah.
         “Macam tu punya teruk kau langgar, kau nak bayar seratus saja? Aku nak kau bayar seribu!” arahnya lagi. Mark menggeleng tanda protes namun Fahem pantas mengacukan pistolnya pada jantung lelaki itu. Picu sudah ditekan sedikit, Cuma tinggal untuk memuntahkan peluru sahaja.
         Sekali lagi, Mark kecut perut. Mahu tak mahu, terpaksalah dia membayar seribu ringgit seperti yang diarahkan Fahem. Sepuluh keping not RM100 diserahkan kepada Fahem. Tangan kanan Fahem menyambutnya dan segera dia memberi wang tersebut kepada Nur Syuhadah.
         “Kalau aku nampak muka kau ganggu di lagi, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau. Faham!” Fahem mengugut. Nur Syuhadah, Fatimah, Zahra dan Safiyyah saling berpandangan.

“TERIMA kasih Fahem sebab sudi membantu Syuhadah.” Ucapnya ketika dia mahu masuk ke dalam kereta.
        Baru saja Fahem membuka mulut untuk membalas, dia terasa ada cubitan kala jengking di belakang badannya.
        “Auwww.” Jeritnya.
        “Kenapa?” Nur Syuhadah mengerutkan wajah.
        “You jangan nak menggatal. You dah habis tolong betina ni, kan? Baliklah!” Fiona menjerit dari belakang. Nur Syuhadah hanya tersenyum. Ketiga-tiga lagi rakannya sudah tergelak perlahan.
        “Takkanlah nak berbual sekejap pun, tak boleh?” Fahem menduga Fiona. Dia tahu Fiona memang cepat melenting apabila dia mendekati wanita lain.
        “You nak kena dengan I eh?” hatinya makin geram.
        “Okay. Anyway, hati-hati tau, Syuhadah. Takut kalau mereka... macam nilah. Saya hantar awak balik ke rumah.”
        “Tak payahlah, Fahem. Menyusahkan saja.” Jawab Nur Syuhadah. Fahem menggelengkan kepalanya.
        “Awak kena dengar cakap saya. Saya ni, mafia macam mereka jugak. Saya tahu, bila sekali mereka tak puas hati dengan awak, mereka akan intip awak. Saya takut kalau itu yang terjadi. Dan awak... akan jadi mangsa. Saya tak mahu begitu.” Dengan berat hati, Nur Syuhadah terpaksa menyetujuinya.

APARTMEN CASA LAGO
JALAN SYED ABDUL AZIZ

SETELAH memberikan Fiona pil tidur, Fahem segera bangun. Dicapai Nehru Jacket yang dibuka tadi. Siap berpakaian, Andy dan Razif mengiringinya ke parking lot. Di atas, ada lima orang yang menjaga apartmennya.

TEPAT jam 2.35 pagi, dia tiba di hotelnya, Sunset Hotel. Terus mereka menuju ke lif dan menekan butang 20. Beberapa minit berada di dalam lif, dia dan bodyguardnya keluar. Mereka menuju ke bilik bernombor 2020. Dengan menggunakan kad, mereka dapat membuka pintu bilik. Masuk saja, dia melihat Camylia dan Wani sedang menonton saluran TV2 yang menayangkan filem Catch Me If You Can lakonan Leonardo Dicaprio dan Tom Hanks. Fahem terus duduk di tengah-tengah sofa two seat itu. Camylia menyaupkannya sepotong epal hijau dan Wani pula menyuakan ke mulutnya segelas jus epal.
      Seronok hati Fahem kerana dilayan bagai putera raja. Dia tersenyum. Sambil memeluk pinggang kedua-dua wanita itu, dia menonton sekali filem tersebut.
      “Sayang berdua tahu tak? Filem ni sebenarnya diadaptasi dari kisah hidup seorang lelaki bernama Frank William Abagnale. Sebelum umur 19 tahun, dia dah berjaya menipu duit bermillon-million dollar dengan cara...”
       “You tak payah ceritalah, sayang. Nanti tak gempak pulak kitaorang tengok.” Potong Camylia. Fahem hanya tersengih. Habis menonton, Fahem mengajak mereka berdua masuk ke biliknya.
       “Takkan dua-dua sekali?” soal Wani. Fahem hanya mengangguk. Wani pelik. Selama lima tahun dika menjadi GRO, tidak pernah seorang pun pelanggannya meminta khidmat lebih dari seorang perempuan. Namun cepat dia mengusik Fahem.
       “Dahsyat jugak nafsu you, ya? Teruklah kitaorang kena layan you nanti.” Tambahnya lagi. Fahem dan Camylia sudah tergelak sambil menuju ke bilik utama.

No comments:

Post a Comment