REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Friday 17 December 2010

CSU 19

CINTA SEORANG USTAZ 19

“DAH berapa tahun emak dan ayah kamu berkahwin?” soal Mohd Lazim sementara menunggu hidangan disiapkan oleh Mak Munah dan Laila. Iskandar berfikir seketika.
        “Berdasarkan cerita daddy dan mummy saya, mereka berkahwin pada tahun 1962. Masa tu daddy saya baru 25 tahun, mummy saya baru 20 tahun.” Jawab Iskandar dengan ringkas. Mohd Lazim mengangguk faham.
        “Kamu ada berapa orang adik beradik?” soalnya lagi.
        “Empat.” Jawab Iskandar.
        “Oh. Habis tu, kamu anak yang keberapa?”
        “Saya anak yang ketiga.”
        “Yang nombor satu dengan dua tu, kakak ke?”
        “Taklah. Dua-dua abang. Saya ada seorang adik perempuan.”
        “Habis tu, abang kamu yang dua orang tu, dah kahwin? Mereka tinggal di mana?” soal Mohd Lazim tanpa henti.
        “Mereka tak ada. Mereka dah meninggal masa di England, dulu.” Jawab Iskandar dengan jujur tetapi tidak sepenuhnya.
        “Kesian. Masa meninggal umur diaorang berapa tahun?” Iskandar membilang dengan jari seketika.
        “Yang sulung, dalam 17 ke 18 tahun. Yang abang nombor dua pula tak silap saya... dalam 14 tahun rasanya.” Terang Iskandar seringkas mungkin.
        “Meninggal sebab apa?”
        “Sebab mereka accident di rumah nenek.” Jawab Iskandar. Dia tidak mahu membuka pekung keluarganya. Mohd Lazim hanya mampu melepaskan nafas panjang.
        “Yalah, benda dah nak jadi. Terima sajalah.” Ujar Mohd Lazim. Iskandar mengangguk. Tak lama kemudian, Mak Munah melangkah ke ruang tamu, memaklumkan kepada Mohd Lazim bahawamakanan tengah hari telah siap dihidangkan. Mohd Lazim mengangguk faham.
        “Marilah Iskandar, kita ke meja makan. Menikmati masakan dari Laila dan emaknya.”

TERTELAN-telan air liur Iskandar apabila melihat lauk-pauk di atas meja. YA ALLAH, rezeki-rezeki. Sedapnya! Masak kari ikan bawal, ikan keli sira sambal, dan yang paling disukai adalah... sambal belacan bunga kantan. Tak tinggal juga ulam-ulaman seperti pucuk pegaga berdaun lebar, pucuk pegaga, ulam raja, dan daun selom.
        “YA ALLAHUAKBAR, buat apalah pakcik sekeluarga susah-susah saja masak banyak-banyak ni?” Iskandar berbasa-basi. Laila yang memandangnya sudah mencebik. Eleh... tengoklah kejap lagi mesti dia makan banyak punya.
        “Alah, tak susah mana pun Is. Lagipun, Laila ada. Dia yang masak semua ni.” ujar Mak Munah pula. Iskandar memandang buah hatinya sambil tersenyum riang. Laila menjeling emaknya. Mak ni... saja je...
        Laila terus menyenduk nasi ke dalam pinggan dan menghulurkannya kepada Iskandar, mak dan abahnya. Yang terakhir sekali, untuk dirinya. Air roselle dituangkan ke dalam gelas dan dihulurkan kepada semua. Laila ke dapur sebentar untuk menambah air di dalam jag kaca.
        Mohd Lazim tibat-tiba meminta agar Iskandar mengetuai bacaan doa makan. Iskandar hanya  tersenyum. Depan bakal bapak mentua, mestilah kena tunjuk baik!! Hatinya sudah ketawa mengekeh.
        “Makan, Is.” Ajak Mohd Lazim. Iskandar mengangguk. Iskandar mengambil mencedok tiga empat sudu lauk kari ikan bawal.
        “Mana makcik dengan pakcik dapat ulam banyak-banyak ni?” soalnya. Laila sudah menahan gelak. Tanya macam orang bodoh saja.
        “Kami tanam kat belakang rumah. Tanah luas, tu yang kami tanam macam-macam. Boleh jual di pasar tani.” Jawab Mohd Lazim. Arwak emaknya meninggalkan seorang sebidang tanah untuk dia tiga beradik. Tetapi abang sulungnya, Haji Mukhriz sudah pindah ke Kedah kerana bertugas sebagai anggota polis di Baling. Akhirnya, tanah untuk bahagiannya dibahagikan antara Mohd Lazim dan adiknya, Rafeah. Kata abangnya, dia sudah membeli sebidang tanah di sana untuk anak cucunya nanti.
       “Oh, gitu.” Jawab Iskandar.
       “Keluarga kamu makan ke ulam-ulam ni, Is?” soal Mak Munah pula. Yalah, dia kan anak orang putih.
       “Eh, makan. Siap saya tanam lagi kat belakang rumah. Tapi tanam sekadar nak makan sendiri lah.
       “Habis tu, ayah kamu pun makan juga?” soal Mak Munah seperti terkejut.
       Iskandar mengangguk. “Mummy saya yang banyak ajar daddy saya untuk makan ulam-ulam ni.” jawab Iskandar. Mohd Lazim dan Mak Munah mengangguk-angguk mendengar jawapan Iskandar.
       “Makanlah, Is. Jangan malu-malu.” Mak Munah menyampuk pula. Iskandar mengangguk. zup zap zup zap, dengan laju Iskandar makan. Rasa di hati mahu tambah namun yalah... makan di rumah orang. Kalau rumah sendiri, lainlah.
       “Laila, tambahkan lagi nasi dalam pinggan ustaz kamu tu.” Mak Munah seperti tahu saja rasa hati Iskandar.
       “Eh, tak usahlah makcik, Laila. Ini pun dah cukup kenyang ni.” dalih Iskandar. Padahal, dalam hati memang mahu. Laila yang duduk di sebelah Mak Munah terus berdiri dan mencedokkan nasi ke dalam pinggan Iskandar. Iskandar hanya memandang buah hatinya itu sambil tersenyum. Mak Munah yang duduk di hadapan Iskandar sudah dapat menduga hati anak muda itu. Memang dia betul-betul ada hati dengan Laila. Mak Munah tersenyum dalam hati.
       “Hah, cedokkan lauk untuk ustaz kamu tu. Is, tunjuklah mana lauk yang kamu nak.” Tambah Mohd Lazim pula. Dengar saja ayat abahnya, Laila mula merungut dalam hati. Dia memandang wajah Iskandar. Tersenyum-senyum, tersenyum-senyum. Simen mulut tu karang, mampus mulut kau tak boleh bukak lagi. Dengan hati yang mendongkol geram, dia mencedokkan masak lemak untuk Iskandar. Yang lain tu pergi mampus, biar dia amek sendiri. Ingat aku ni bini dia agaknya! Bentaknya dalam hati.

“DARI raut wajah dia, mak tahu yang dia memang sukakan kamu.” Mak Munah sengaja memancing anaknya. Laila menjeling.
       “Mak ni, nak jadi wartawan Melodi pulak ke?” Laila sedang membasuh mangkuk kotor. Mak Munah pula sibuk memasukkan semula lauk-pauk ke dalam tudung saji. Mohd Lazim sedang bersembahyang bersama Iskandar di bilik tamu. Mak Munah hanya tergelak kecil mendengar celoteh Laila.
“Munah, Laila, Is dah nak balik ni.” laung Mohd Lazim dari ruang tamu. Mak Munah terkocoh-kocoh membawa mangkuk tingkat berisi lauk-pauk tadi ke ruang tamu. Tangan kirinya pula membawa seplastik ulam-ulaman yang dipetik di belakang pagi tadi.
       Laila pula menjinjit beg plastik merah besar yang berisi ikan sungai dan ikan air tawar. Antara ikan yang adalah ikan sepat masin, tilapia merah, dan ikan kalui, ikan siakap,  ikan betuk, ikan haruan dan ikan selangit. Tak lupa juga sebalang besar ikan pekasam yang dibawa balik oleh Mohd Lazim ketika membawa lori kontena. Ikan itu dibuat sendiri oleh kakak iparnya. Hajah Melah memberinya tiga baling besar.
        Ketika Iskandar melihat mangkuk tingkat dan plastik itu, dia terkejut.
        “Is, ni bagi kat mak kamu. Dalam mangkuk ni ada lauk tadi. Ni dalam plastik ni, ada ikan air tawar dengan ikan sungai. Keluarga kamu makan tak ikan sungai?” soal Mak Munah. Iskandar mengangguk saja.
       “YA ALLAHUAKBAR, buat apa banyak-banyak ni, mak cik? Susahkah makcik, pakcik dengan Laila saja.” Iskandar terasa berat mahu menerima semua itu. Mohd Lazim tersenyum.
       “Ni, ikan pekasam dari Kedah. Kakak ipar pakcik yang buat. Memang sedap. Biasa yang makcik kamu buat, gorengkan bawang merah, cili padi dan cili hidup yang dah dihiris. Lepas tu, taburkan saja bawang tadi di atas ikan pekasam yang dah digoreng tu. Barulah sedap.” Terang Mohd Lazim. Iskandar mengangguk lagi.
       “Mangga kat tepi dapur tu dah ambil?’ tanya Mohd Lazim. Laila masuk semula ke dalam dan mengambil seplastik mangga epal.
       “Laila, tolong hantarkan barang-barang ni ke kereta ustaz kamu.” Ujar Mak Munah. Dia dan suaminya mengiringi Iskandar sehingga ke beranda luar. Kereta Iskandar betul-betul diletakkan di hadapan pangkin. Iskandar memandang sekeliling. Suasana kampung memang jauh berbeza. Aman dan sejahtera saja. Kampung yang dia selalu pulang hanyalah kampung daddynya di Midsomer, Causton. Dia tidak pernah pergi ke kampung mummynya. Mummynya pernah menceritakan kepadanya bahawa ahli keluarganya membantah dia mengahwini daddynya ketika itu. Maklumlah. Baru lepas merdeka. Kepercayaan kepada orang putih memang sifar peratus. Hanya kerana itu, dia dilarang pulang ke kampung. Semenjak dari itu, mummynya sudah tidak pulang ke rumah orang tuanya lagi. Antara adik beradik mummynya yang paling rapat adalah Haji Basirun, Pengetua di sekolah tempatnya mengajar.
       Iskandar memandang Mohd Lazim dan Mak Munah. “Terima kasih banyak-banyaklah pakcik, makcik sebab melayan saya dengan baik sebagai tetamu. Memang sedap masakan yang dihidangkan.” Ujar Iskandar. Mak Munah dan Mohd Lazim tersenyum.
       “Alah, Is kan tetamu kami. Takkanlah kami nak layan cincai-boncai saja? Tetamu mestilah dilayan seelok mungkin. Betul tak, bang?” Mohd Lazim mengangguk.
       “Nanti, kamu balik kata pada mak dan ayah kamu yang kami sekeluarga kirim salam.” Pesan Mohd Lazim. Iskandar mengangguk lagi. Dia menghulurkan tangan dan mencium tangan Mohd Lazim. Pada Mak Munah juga sama. Laila sudah siap meletakkan barang-barang tadi ke dalam kereta Iskandar. Iskandar memandang Laila yang berdiri berdiri sisi keretanya.
        “Terima kasih banyak-banyak sebab layan saya sebagai tetamu dengan baik.” Laila hanya mengangguk, sebagai isyarat dia menjawab ‘sama-sama’. Iskandar memandang semula orang tua Laila.
       “Saya balik dulu, pakcik, makcik, Laila. Assalamualaikum.” Iskandar meminta diri sambil tersenyum. Bila mereka bertiga mengangguk, dia terus masuk ke dalam kereta BMW M6 Coupenya.

“ABAH dengan mak saja nak kenakan Laila tadi, kan?” Laila membuka mulut setelah duduk di sofa. Kedua orang tuanya sudah tergelak.
        “Kami tengok Iskandar tu budak baik. Lagipun abah perasan, yang dia memang betul-betul ada hati dengan kamu.” Mohd Lazim mula menyakat anaknya. Laila menarik muka. Buat-buat merajuk.
        “Alah, nanti bila rombongan dia datang merisik, kami terus terima je. Tak tanya kamu.” Mak Munah turut menyakat anak tunggalnya. Laila membuka tudung ‘Bu Arini’nya dan diletakkan di atas meja. Kebanyakan orang memanggilnya tudung Shikin, bini Mawi tu. Tapi dia tetap panggil tudung ‘Bu Arini’. Nama ‘Bu Arini’ Laila dapat dari cerita Indonesia Mutiara Hati. Pelakon wanita tu selalu pakai tudung seperti itu.
       “Abah dengan mak ni kan, suka sangat nak menyakat Laila! Benci tau!” Laila buat-buat merajuk lagi.  Mak dan abahnya terus mentertawakannya.
      “Dahlah tadi abah suruh Laila sendukkan kuah untuk dia. Macam Laila ni bini dia pulak. Dia ada tangan, biarlah dia amek sendiri.” Laila masih merungut. Tak larat lagi untuk ketawa, Mohd Lazim dan Mak Munah hanya tersenyum.
      “Itu bukan apa. Saja abah suruh kamu buat begitu. Nanti bila dah kahwin, taklah kekok sangat.” Laila menjeling abahnya. Melihat mak abahnya tergelak, dia tergelak juga akhirnya.
      “Tapi kan, abah macam pernah perasan muka dia dalam TV. Muka dia macam...” Mohd Lazim berfikir seketika.
      “Fabio Cannavaro, pemain bolasepak Itali.” Jawab Laila. Mohd Lazim mengangguk sambil tersenyum.

.............................

VILLA JANNAH

“TOLONG abang angkat barang dalam kereta tu!” arah Iskandar apabila melihat Natasha membaca novel ‘Mikhail’ karya Ramlee Awang Murshid keluaran Alaf 21. Natasha meletakkan penanda buku pada muka surat yang sedang dibacanya. Dengan langkah sederhana, dia menuju ke kereta Iskandar.
        “Abang dari mana ni? Dari pasar tani? Bukan main banyak lagi barang.” Bebel Natasha sambil tangan kanan dan kirinya mengangkut seplastik mangga dan mangkuk tingkat masuk ke dalam rumah.
        “Ah, diamlah kau. Cubalah bila tolong orang tu, mulut jangan banyak cakap.” Iskandar memarahi adiknya. Natasha hanya memuncung. Suara riuh rendah dari bawah menyebabkan Datuk Alexander dan Datin Aminah yang baru habis solat segera turun. Manalah tahu kot-kot ada orang datang ke.
       Datuk Alexander melihat barang-barang yang diletakkan di dapur.
       “Mana kamu dapat semua ni, Is?” soal Datuk Iskandar sambil dia dan Datin Aminah membelek-belek barang itu.
       “Mak abah Laila yang bagi.” Jawab Iskandar sambil mengambil gelas dan menuang air sejuk ke dalamnya. Dikerling jam tangannya. Sudah jam 2.59. lagi seminit ke pukul tiga.
       “Hah, lagi satu... mak abah Laila kirim salam pada mummy dan daddy.” Tambah Iskandar. Datuk Alexander dan Datin AMinah menjawab salam itu.
       Datin Aminah mengambil sebatang sudu. Dia mencedok sedikit kuah kari itu dan menghirupnya. YA ALLAH, sedapnya.
       “Mak dia ada cakap siapa yang masak kari ni?’ tanya Datin Aminah. Iskandar mengangguk.
       “Dia kata Laila yang masak.” Jawab Iskandar. Mak Jah sudah tersenyum.
       “Untunglah kamu nanti, Is. Dapat bini yang pandai memasak.” Iskandar hanya menyengih saja.
       “Dah nasib badan, Mak Jah. Entah-entah agaknya bila dah kahwin dengan saya, dia terus malas nak masak.” Seloroh Iskandar. Semua yang ada di situ sudah tergelak. Natasha berfikir untuk mengenakan abangnya.
       “Entah-entah, bila Laila tu pandang  je muka abang, terus dia protes tak mahu masak. Nanti dia masak sedap-sedap, abang kata masinlah, tawarlah, pedaslah...” Natasha mengenakan Iskandar. Tangan Iskandar pantas menjadi ketam, mencubit Natasha. Natasha yang takut terkena lagi terus berdiri di belakang daddynya.
        “Hisy kamu berdua ni, asyik nak bergaduh saja.” Rungur Datuk Alexander.
        Datin Aminah mencedok pula sedikit sambal belacannya. Sedapnya. Namun, dia dapat merasakan seperti dia kenal saja dengan pembuat kari dan sambal belacan itu.
       “Is, betul ke Laila yang masak ni?’ Datin Aminah inginkan kepastian. Iskandar mengangguk.
       “Mak dia yang cakap macam tu. Kenapa mummy? Mummy nak reject Laila ke kalau bukan dia yang masak semua tu?” Iskandar sudah berdebar. Dia risau. Manalah  nak cari perempuan jika mummynya mereject Laila nanti. Datin Aminah tersenyum.
       “Bukan macam tu maksud mummy. Cuma rasa masakan dia ni, macam kawan mummy. Dulu, mummy ada kawan baik. Memang mummy ingat sangat air tangan dia. Kalau dia masak, hmm... chef kat hotel lima bintang tu pun kalah, tahu!” Datin Aminah memuji teman lamanya.

No comments:

Post a Comment