REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Saturday 22 January 2011

Komen CSU 1




Tadi, saya baru saja baca komen dari post CSU 1 di penulisan2u. Saya tak sangka bahawa Siti, nama salah seorang pengulas mempunyai cerita sedih yang berkaitan dengan seorang ustaz. Anda tahu apa yang diceritakan olehnya? Saya ada copy di bawah:



siti says:
15/01/2011 at 7:13 pm
Ini adalah cerita yang hampir realiti… Saya adalah seorang gadis yang dipermainkan
 oleh insan yang bergelar ustaz.Ustaz yg merupakan
seorang guru tahfiz. tak sangka dia seorang kaki perempuan…
 siti says:
15/01/2011 at 8:30 pm
Sambungan ulasan di atas:
Dalam dunia ni tiada apa yang mustahil..kita akan berjumpa dengan orang
yang kita tak sangka…ex saya seorang ustaz,pelajar tahfiz yang
melanjutkan pelajaran keluar negara dan telah pun
ada Master dalam Pengajian Islam..Dia adalah pelajar tahfiz yg cerdik
ditawarkan beberapa buah Universiti luar negara ketika umur 16 thn….
dan kini mengajar sebagai guru tahfiz di Maahad Tahfiz dan juga memberi ceramah
agama di masjid dan juga imam masjid.ayahnya seorang yang alim..
tetapi dalam masa yang sama seorang kaki perempuan..mainkan perasaan perempuan2 .
pandai menabur janji dan berkata-kata manis..pembohong…tak tau menghargai…
this is the real world….tak kata semua mcm tu tp inilah realiti yang
dilalui oleh saya sendiri….

pelik kan dunia ni. Tak sangka pula ada ustaz yang macam ni. Saya tahu,
memang ada banyak
Komen yang saya sudah jangka, seperti memaki hamun saya. Nama, Lin... saay tahu kamu marah sangat dgn saya sehingga sanggup gelarkan saya bodoh. Betul kata  Diyana, first chapter adalah first impression. Tak kisah jalan cerita berunsur kebaikan or keburukan. Saya tak kisah pada Nama dan Lin yang memaki hamun saya. Saya boleh terima. Mungkin jugak sebab saya terlalu teruja untuk menulis sehingga terlupa untuk menjaga perasaan orang lain. Tapi bila saya baca apa yang ditulis oleh Siti, saya tahu karya saya masih berada pada landasan yang betul. Anda nak maki hamun ke, apa ke... saya tak kisah sebab saya tahu anda semua pun ada hak. Saya terima saja semuanya. Harapan saya, agar janganlah ada seorang ustaz yang perwatakannya adalah seperti dalam cerita Siti. Untuk Siti, tempuhilah hidup dengan penuh ketabahan. Moga anda mendapat pasangan yang baik.

No comments:

Post a Comment