REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 18 December 2012

Cristiano Ronaldo: Di Sebalik peristiwa Kecederaan Pada Mata

Saya adalah peminat tegar kepada Real Madrid dan Cristiano Ronaldo. Maka tidak hairanlah jika locker di tempat kerja saya, saya lekatkan gambar CR7 dan gambar kemenangan Real Madrid dalam La Liga untuk kali ke 32.
    Baru-baru ini, saya sengaja search tentang CR7 melelong kasut emasnya demi Palestin. Tiba-tiba, pada ruangan searching, ada tertulis 'Kalimah Allah pada kepala Cristiano Ronaldo'. Saya pun tekanlah. Lepas tu, baru saya tahu. Rupa-rupanya ketika menentang Levante yang menyebabkan mata CR7 cedera, dia dibawa ke tepi padang untuk diberikan lawatan selanjutnya.



           Tiba-tiba, ada jurukamera yang  mengambil gambar dari atas dan dengan jelas memang nampak kalimah Allah pada kepalanya walaupun tanpa Alif. Subhanallah!



               Saya tak rasa kalimah ini diedit oleh orang-orang tertentu. Pada saya, boleh jadi kalimah ini kebetulan berada pada kepalanya pada hari itu disebabkan oleh gaya rambutnya yang pelbagai. Ataupun mungkin selama ini sudah ada cuma mungkin tidak perasan. Ini semua aladah kekuasaan-NYA. PADANYA, tiada apa yang mustahil. Mana tahu, tiba-tiba satu hari kita akan terbaca tajuk berita 'Cristiano Ronaldo Masuk Islam'. Walaupun dia kaki perempuan, jika ALLAH ingin memberikannya hidayah, siapa kita untuk menghalang?
              Apa-apapun, pada saya CR7 memang penyerang terbaik pada masa kini. Tidak kiralah walaupun Messi sudah memecahkan rekod Gerd Muller (sebenarnya Zico dari Brazil yang pegang rekod penjaring terbanyak dalam satu musim, jadi Messi tak payah nak berlagak sangatlah!) Dia sanggup menjual kasut emas yang dimenanginya demi membantu rakyat Palestin.

(Bukti Messi masih belum pecah rekod)
Rekod MIlik Zico

RIO DE JANEIRO: Kelab Brazil, Flamengo mendakwa bekas pemain mereka, Zico memegang rekod penjaring gol terbanyak dalam setahun biarpun penyerang Barcelona, Lionel Messi meraih pengiktirafan itu minggu lalu.
Zico yang menyinar pada Piala Dunia 1978, 1982 dan 1986 sekalipun tidak menjulang trofi itu, menjaringkan 89 gol pada 1979, menurut Flamengo.
Pemain tengah itu menjaringkan 81 gol buat kelab berpangkalan di Rio itu, tujuh bersama Brazil dan satu pada perlawanan persahabatan, lapor akhbar Lance.
Messi diiktiraf sebagai pemegang rekod baru selepas mengatasi rekod lama catatan legenda Jerman, Gerd Mueller 85 gol pada 1972, menerusi dua gol pada babak pertama ketika pasukannya mengatasi Real Betis, 2-1, Ahad lalu.
“Messi belum lagi mengatasi rekod itu,” kata Bruno Lucena, ahli sejarah kelab itu. - AFP



No comments:

Post a Comment