REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Thursday 15 May 2014

WUC 32


WAKE UP CALL 32

 BLUE NITE CLUB, BANDAR MELAKA

 DATUK AMIDUN benar-benar meradang dengan maklumat yang baru disampaikan oleh salah seorang pengawalnya.

            “Betul ke apa yang kau cakap ni, Kamal?” soalnya dengan muka yang merah menahan marah. Kamal mengangguk sambil menghulurkan surat khabar Utusan yang disimpannya sejak pagi tadi. Dia tidak perasan akan berita itu ketika membacanya pagi tadi. Petang tadi ketika dia sedang duduk bersantai di rumahnya, Habib menelefonnya dan menyampaikan berita tersebut.

“Mana kamu dapat maklumat ni?” soalnya lagi, seperti tidak percaya dengan kenyataan yang baru diketahuinya. Sambil itu, tangannya pantas membaca satu demi satu berita di bahagian Niaga. Kemudian matanya tertangkap sebuah berita yang dicarinya.

 CEO ISH AMBIL ALIH SYARIKAT PELANCONGAN TERNAMA

 “Mana kau tahu tentang berita ni masuk suratkhabar?” soalnya sekali lagi. Dia mencebik benci tatkala terlihat gambar lelaki itu yang konon-kononnya CEO paling hensem di Malaysia. Perasan muka tu hensem sangat macam Jet Li!

“Kawan saya, Habib yang sampaikan.” Jawabnya dengan jujur. Datuk Amidun menenangkan diri seketika. Lekas dia menelefon rakan sekutunya.

“Mana Datuk dapat maklumat ni?” soal si rakan sekutunya.

“Pengawal aku beritahu.”

“Sahih ke tidak berita ni?”

“Memang betul-betul sahihlah! Kalau tak, takkanlah sampai masuk suratkhabar!” suratkhabar di tangan dihempaskan sekuat hati di atas meja. Jantan sorang ni memang nak kena dengan aku! Terkejut wanita yang berada di sisinya.

“Sayang ni kenapa?” wanita itu mengusap lembut belakang badan Datuk Amidun, untuk menyejukkan lelaki itu.

“You tengoklah jantan sial ni! Ada hati nak berlawan dengan I! I baru berniat nak beli syarikat ni, dia dah rembat dulu. Tak boleh jadi ni!” dalam kepalanya sudah banyak rancangan yang akan dilaksanakan jika dia berjaya mendapatkan syarikat pelancongan itu.

 
IZZUDDIN SUPPLIER HOLDINGS

KELAB KOMUNITI DAN KEBAJIKAN memulakan mesyuarat sebaik sahaja Fahem sampai.

“Jadi, apa acara untuk hari keluarga tu nanti?” soal Fahem. Matanya masih jahat, merenung Mazidah yang bersedia untuk menulis sebarang idea dan komen. Wanita itu yang tiba-tiba rasa tidak selesa, mengangkat kepala. Alangkah terkejutnya dia tatkala melihat panahan mata Fahem tepat pada wajahnya.

“Saya cadangkan pertandingan karaoke. Dua kategori – solo dan berpasangan.” Aswad, Juruteknik Komputer memberikan cadangan. Beberapa orang termasuk Fahem mengangguk setuju.

“Tuan Fahem, saya cadangkan kita buat aktiviti untuk anak-anak staf. Saya rasa, sebelum ni kita tak pernah buat kan?” Pengurus Pemasaran, Puan Hanani mengemukakan cadangannya.

Mata Fahem teralih ke wajah wanita berusia 43 tahun itu.

“Bagus juga cadangan awak. Takdelah budak-budak bosan. Tapi, apa game mereka?” soal Fahem dengan serius. Sesekali dia bermesej dengan Nur Sumayyah.

“Budak-budak punya senang aje, Tuan Fahem. Buat istana pasir, cari gula dalam tepung, bawa bola tenis dalam sudu… senang aje.” Jawabnya.

“Okey, bagus jugak cadangan tu. Saya ada cadangan. Apa kata, kita buat sekali game untuk pasangan yang dah berkahwin? Setuju tak?” soal Fahem. Tiba-tiba mereka semua berpandangan sesama sendiri. Memikirkan apakah yang sedang bermain di dalam fikiran Ketua Pegawai Eksekutif mereka.

Game apa Tuan Fahem?” soal Nur Suhaila. Fahem tersenyum penuh makna.

 

TAMAT sahaja mesyuarat kelab Komuniti dan Kebajikan, bergegas Fahem menuju ke tingkat lima yang menempatkan pejabat Yayasan Izzuddin. Mesyuarat bulanan akan dimulakan dalam masa 15 minit lagi. Fahem tidak suka tiba lewat jika sudah berjanji atau ketika mesyuarat. Padanya, biarlah dia yang menunggu daripada dia menerima kemarahan orang kerana menunggu dirinya.

            Tiba saja di pintu utama Yayasan Izzuddin, Fahem disambut dengan mesra oleh pengawal keselamatan di situ. Mereka berbual seketika sebelum Fahem diiring masuk ke bilik mesyuarat oleh penyambut tetamu di situ.

Tiba di bilik mesyuarat, hampir semua pengurus sudah berada di situ. Mereka cuma menunggu Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin kerana mereka dimaklumkan lelaki itu dikunjungi tetamu penting.

 

“KUTIPAN derma untuk tabung Palestin tu, dah cukup? Dah tercapai atau belum sasaran kita?” soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin kepada pengurus yang berkenaan. Dia mula menubuhkan Yayasan Izzuddin setelah mengetahui Fahem pernah menjadi sebahagian daripada anggota kumpulan HAMAS. Sejak  itu, sepuluh peratus daripada pendapatan tahunan syarikatnya akan diserahkan secara terus kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh sebagai dana untuk pergerakan HAMAS melengkapkan pergerakan itu untuk berjihad demi kemerdekaan negara mereka. Kadangkala jika ada kelapangan, dia akan ke Palestin untuk bertemu dengan Perdana Menteri Palestin itu. Ismail Haniyeh benar-benar terharu dengan kesanggupan nya membantu kumpulan HAMAS dalam memperjuangkan hak orang Palestin.

            Untuk membina sekolah, hospital dan lain-lain kemudahan, Yayasan Izzuddin menyediakan dana khas yang diberi nama Untukmu Palestin. Dia tidak mampu untuk mengangkat senjata bersama-sama dengan para pejuang yang lain demi Palestin tetapi dia mampu melabur untuk saham akhiratnya. Kerjanya bertambah mudah apabila kesemua ahli lembaga pengarah bersetuju dengan usulnya tanpa sebarang bantahan.

            “Sebenarnya Tan Sri, Alhamdulillah kutipan kita melebihi sasaran kita.” Jawapan ringkas dari pengurus tersebut membuatkan semua yang ada dalam bilik mesyuarat itu mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada ILLAHI.

            Seterusnya mereka membincangkan tentang dana-dana lain. Antara dana-dana yang diwujudkan oleh Yayasan Izzuddin adalah Dana Pendidikan Rakyat, - untuk golongan miskin dan sederhana melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau di luar negara, Dana Kasih Sayang – untuk anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan, dan Dana Usahawan Berjaya – untuk mereka yang benar-benar serius ingin memulakan perniagaan. Bagi anak lelaki sulung Tuan Haji Izzuddin itu, ALLAH memberikan dia rezeki yang banyak agar boleh dirasai bersama-sama dengan yang memerlukan. Moga-moga TUHAN menerima segala kerja amalnya ini.

 

“DOKTOR cakap apa tadi, daddy?” soalnya setelah dia duduk di sofa tetamu. Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin yang belum berpeluang berehat untuk sesaat dua, merenung lama wajah anaknya.

            “Alhamdulillah, tak ada apa-apa kecederaan serius pada nenek kau tu. Cuma dia kena berehat lebih sikit. Daddy ingat, dalam dua minggu ni, daddy dengan mummy nak tidur rumah nenek kamu. Nak ikut?” cadangnya. Fahem menggeleng.

            “Kalau Fahem nak tidur sana pun, tengoklah dalam hari Jumaat ke… kesian pada Sumayyah nak pergi kerja nanti. Kampung Tanah Merah tu kan, jauh ke dalam sikit. Takut dia lambat ke sekolah saja.” Balasnya.

            Si ayah mengangguk faham. Seorang guru mestilah menunjukkan contoh yang baik untuk para pelajarnya.

 

APA yang tak kena ni? Soal Nur Sumayyah di dalam hati. Masuk yang ini, sudah kali keempat dia berulang-alik antara bilik guru dengan tandas. Dari tadi, tidak henti perutnya asyik memulas seterusnya memuntahkan segala isi perut. Matanya dikerling pada jam tangan yang tersangkut pada tangan kirinya.

            Membulat matanya melihat jarum jam tersebut. Lagi 10 minit untuk ke 11.20 pagi. Lekas-lekas dia berkumur dan kembali ke meja kerjanya.

            Kebetulan ketika dia sampai ke mejanya, dia ternampak kelibat Zariff di luar bersama Cikgu Ikhwan, guru Sejarah tingkatan 4 Bestari. Sejak Ikhwan melaporkan diri di sekolah ini, gred matapelajaran Sejarah yang diajar olehnya semakin melonjak. Jika sebelum ini ramai yang mendapat C, gred mereka terus naik kepada A dan B. Pada Nur Sumayyah, cara Ikhwan yang spontan dan kelakar membuatkan para pelajar hilang mengantuk. Tambahan pula, lelaki yang sebaya dengan suaminya itu mempunyai paras rupa yang sungguh kacak, ala-ala pelakon siri McBride, Matt Lutz. Nasib baiklah dia sudah kahwin, jika tidak di sudah lama dia menyambut cinta yang dihulurkan Ikhwan ketika dia baru bertunang.

            Pantas dia memanggil Zariff dan meminta ketua kelas itu membawa buku-buku nota yang telah siap ditanda.

            Ketika sampai di kelas 4 Bestari, semua pelajar bangun untuk memberi salam dan dia menjawab salam dengan muka yang semanis mungkin.

            Baru sahaja dia ingin memulakan sesi pembelajarannya, tiba-tiba perutnya bergelodak lagi. Sebelum ke tandas untuk kali kelima hari ini, dia sempat memanggil Zariff.

            “Tolong edarkan kertas-kertas ni pada semua. Siapkan sebelum Khamis ni.” Pendek sahaja arahannya dan Zariff terus melaksanakan tanggungjawbanya.

            “Ustazah nak ke mana?” soal Zariff. Dalam kelas, dia akan memanggil ‘ustazah’. Jika ketika mereka berbual di luar kelas, dia akan memanggil ‘kakak’.

            “Tandas sekejap.” Dengan langkah besar. Laju dia menapak keluar dan menuju ke tandas yang terleltak di hujung blok.

 

“ABANG, bawa Sumayyah ke klinik boleh tak? Asyik muntah saja dari pagi tadi. Takut juga kalau salah makan.” Pinta Nur Sumayyah setelah masuk ke dalam kereta. Hari ini, dia rasa terlalu malas untuk membawa kereta. Kerana apa malas, dia sendiri tidak tahu. Itupun jenuh juga dia memujuk Fahem untuk menghantarnya, dengan syarat, berinya ‘upah’.

            “Salah makan? Sumayyah makan apa hari ni kat kantin?” soal si suami sambil memandu dengan kelajuan 120 km per jam.

            “Sumayyah tak tahulah, sayang. Pagi tadi, cuma makan bihun goreng saja macam biasa.” Dengan manja, dia melentokkan kepalanya ke bahu kiri Fahem. Walalupun sedang memandu, Fahem sempat memberikan ciuman di kepala isterinya.

            “Oklah, kita pergi sekarang. Dah sekali jalan nak balik.” Fahem membuat keputusan. Nur Sumayyah hanya menurut.

            “Kalau boleh, kita beli makanan kat luar sekalilah, abang. Sumayyah penat sangat hari ni.” Tambahnya lagi. Si suami mengangguk akur.

 

“MACAM mana Ri?” soal Fahem setelah Dr. Amri kembali ke mejanya. Nur Sumayyah yang turun dari katil pemeriksaan, duduk di sisi suaminya.

            “Tahniah Fahem, Sumayyah. Kamu berdua bakal menimang cahaya mata.” Ucap Dr. Amri dengan senyuman manis. Pasangan suami isteri itu saling berpandangan sebelum masing-masing saling tersenyum.

            “Dah berapa minggu?” Tanya Fahem dengan nada gembira. Dr. Amri diam seketika. Dia dapat melihat keceriaan pada wajah Fahem setelah mendapat berita isterinya mengandung. Bukan wajah terkejut dan penuh kerisauan seperti kali pertama Fahem membawa teman wanitanya yang mengandung ke sini. Dia tetap mendoakan agar Fahem akan mendapat kebahagiaan bersama yang tersayang.

            “Bukan dah berapa minggu, tapi hampir dua bulan.” Jawabnya ringkas. Fahem terkejut seketika. Dua  bulan?

            “Bukankah aku baru nikah tiga bulan lepas? Takkan cepat sangat dapat hasil?” Fahem masih bertanda-tanya. Dr. Amri tertawa kecil.

            “Kalau dah TUHAN nak bagi rezeki, cepat ke… lambat ke… tetap dapat. Lagi satu, pastikan isteri kau makan ubat-ubat tu nanti. Kena makan ikut masa” Balasnya.

 

“PATUTLAH malas nak bawa kereta, mengantuk, penat sangat sampai malas masak… rupanya ada penghuni kat dalam perut tu.” Usik Fahem tatkala mereka menuju ke meja makan. Nur Sumayyah menjeling. Sebelum sembahyang kena, waktu nak makan pun kena usik juga?

            “Bukan abang punya kerja ke tu? Sampai Sumayyah jadi malas sangat-sangat ni?” perlinya sambil mengeluarkan dua bungkus Doublecheese burger dan meletakkannya di dalam pinggan. Fahem meletakkan kopiah hitamnya di atas meja.

            Fahem mencebik. “Jangan nak salahkan abang sorang. Sayang pun bagi kerjasama yang padu juga, kan?” terus-terusan dia mengusik isterinya. Malas melayan si suami, Nur Sumayyah segera ke dapur dan keluar semula sambil membawa semangkuk air pencuci tangan. dia menghulurkan mangkuk tersebut kepada Fahem da si suami terus mencelupkan sedikit jari-jarinya ke dalam mangkuk tersebut. Usai Fahem membaca doa makan, mereka mula menjamu selera sambil menonton tv.

            “Esok nak abang hantarkan ke, nak bawa kereta sendiri?” soal Fahem. Kelihatan Nur Sumayyah berfikir seketika.

            “Tak apalah, esok Sumayyah bawa kereta sendiri. Sebab abang cakap tadi, esok abang ada mesyuarat penting, kan?” Fahem mengangguk.

            “Esok mengidam nak makan apa pulak?” soal Fahem setelah selesai menyudahkan burgernya. Nur Sumayyah menjeling si suami.

            “Esok Sumayyah nak makan nasi Arab dalam dulang yang besar tu, beserta dengan ayam belanda seekor!” terus meledak tawa Fahem mendengar jawapan Nur Sumayyah.  

            “Sayang, Jumaat ni tidur rumah nenek abang eh. Saja nak jenguk nenek, macam mana keadaan dia.”  Pinta Fahem.

            “Ok, nanti, lepas balik kerja petang tu, kita terus ke sana.”

 
KAMPUNG TANAH MERAH

 FAHEM duduk di sebelah isterinya setelah mencium dan memeluk neneknya.

            “Nek sihat?” soal Fahem. Hajjah Zakiah hanya tersenyum tawar.

“Baik, Alhamdulillah. Fahem dengan Sumayyah macam mana? Sihat?” soal Hajjah Zakiah kepada cucu kesayangannya itu. Pasangan suami isteri itu mengangguk.

Muncul Tina, orang gaji yang diupah khas oleh Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin untuk emaknya dari dapur menatang sedulang cawan beserta teko. Diletakkan di meja kaca dan dituangkan kedalam cawan.

“Jemput minum Tuan Fahem, Puan Sumayyah, Hajjah.” Mereka mengangguk. Nur Sumayyah menghulurkan cawan kepada Hajjah Zakiah dan suaminya.

“Dari tadi Fahem sampai, Fahem tak nampak pun mummy dengan daddy. Budak dua orang tu pun tak Nampak. Ke mana diorang semua?” soalnya, sedikit kebingungan.

“Biasalah daddy dengan mummy kamu, kan selalu ke surau? Lepas tu bila dah berjumpa dengan kawan lama, apa lagi… berborak sakanlah. Macam kamu tak kenal dengan daddy kamu kalau dah lama tak jumpa kawan-kawan dia. Afiq dah tidur, mengantuk sangat petang tadi main kat luar. Zariff pula temankan Fateeha keluar dengan Nizam.” Panjang lebar si nenek memberikan jawapan kepada cucunya.

Hajjah Zakiah memandang Fahem. Dari sudut mata tuanya, ada sesuatu yang tidak kena dengan cucunya itu. Tidak riuh seperti selalu apabila pulang ke kampung.

Tak lama kemudian, kedengaran suara orang memberi salam. Mereka bertiga menjawab salam itu seadanya. Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin dan isterinya muncul di pintu utama.

“Kamu baru sampai ke, Fahem?” soalnya sambil duduk di sofa.

“Ha ah, baru sampai. Dalam 8.30 tadi.” Pendek jawapan Fahem. Seketika kemudian, Tina menjemput mereka semua makan setelah makanan siap dihidang.

Lauk yang dimasak cukup untuk membangkitkan selera mereka. Ayam kampung masak lemak cili api, sambal belacan dan sup sayur. Fahem mula membaca doa. setelah doa diaminkan, mereka mengambil sepotong buah epal sebelum memakan nasi. Memang itulah lazimnya. Buah dimakan dahulu agar proses penghadaman makanan menjadi mudah.

Nru Sumayyah menjalankan tugasnya. Mengisi nasi dan lauk untuk Fahem. Kemudian, dia mengisi sesenduk nasi ke dalam pinggannya. Perlakuannya itu disedari oleh bapa mertuanya.

“Sikit aje menantu daddy ni makan? Banyak lauk nenek kamu masak, takkan sikit saja kamu ambil nasi tu?” soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin dengan kemusykilan.

Nur Sumayyah tersenyum. “Sumayyah masih kenyang lagi, makan buah mangga petang tadi banyak sangat.” Jawabnya ringkas.

“Laaa… dah tahu nak datang rumah nenek, kenapa makan mangga banyak sangat petang tadi?” soal Hajjah Zakiah.

“Alah, dah dia mengidam sangat nek, Fahem turutkan sajalah apa yang diminta,” jawabnya dengan selamba lantas terus menyuap nasi ke dalam mulutnya. Perlahan-lahan, Nur Sumayyah menyiku sedikit pinggang suaminya.

“Auww… sayang ni kenapa? Salah ke apa abang cakap?” si suami terus membuat ‘innocent face’. Dia cuba menenangkan perasaannya tidak berapa stabil hari ini.

“Mengidam? Kamu mengandung ke, Sumayyah?” Puan Sri Sharifah sedikit terkejut dengan kata-kata anaknya.

“Err…” Nur Sumayyah kehilangan kata-kata.

“Hampir dua bulan.” Fahem menyambungkan ayat Nur Sumayyah yang tergantung.

“Syukur Alhamdulillah.” Sahut Hajjah Zakiah dan kedua orang tua Fahem. Puan Sri Sharifah pun apalagi, terus menyendukkan seketul ayam beserta sedikit kuah masak lemak cili api ke dalam pinggan Nur Sumayyah. Tan Sri Tuan haji Ahmad Izzuddin pula dengan murah hati menyendukkan sup sayur ke dalam mangkuk kecil dan dihulurkan kepada Nur Sumayyah. Namun, selera si menantu tiba-tiba mati. Tidak tahu kenapa.

Perlahan-lahan  Nur Sumayyah menyuapkan nasi ke dalam mulutnya namun tidak tertelan. Dicuba juga beberapa kali, tetapi tetap tidak  boleh.

Kekhusyukan masing-masing menghadap makanan membuatkan mereka tidak menyedari perubahan Nur Sumayyah.

“Kenapa tak makan lagi? Makanlah, nanti perut masuk angin.” Fahem bertanya dengan nada perlahan apabila melihat nasi di pinggan Nur Sumayyah hanya luak tidak sampai suku pinggan.

“Sumayyah macam tak ada seleralah abang. Tak tahu kenapa.” Jujur Nur Sumayyah memberikan jawapan.

“Dah abang cakap makan tu, makan ajelah! Tadi Sumayyah juga yang tak sabar nak makan nasi, cakap lapar sangat!” tiba-tiba Fahem meradang. Terkejut Hajjah Zakiah bersama anak dan menantunya. Mereka bertiga saling berpandangan.

“Kamu ni kenapa marahkan Sumayyah? Dah dia tak ada selera, nak buat macam mana? Takkan nak dijolok  juga anak tekaknya tu?” Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin mempertahankan menantunya.

“Tak adalah. Masa on the way ke sini, bukan main lagi dia merengek macam budak kecil nakkan nasi. Bila dah dapat, tak nak pula dimakannya. Menangislah nasi tu nanti, membazir aje.” Bebelan Fahem masih tidak henti.

Nur Sumayyah hampir menitiskan air matanya namun dia cuba bertahan.

Puan Sri Sharifah menggeleng. “Kamu ni, kalau iya pun nak menegur, janganlah marah dia macam tu sekali… depan rezeki pulak tu. Biasalah orang mengandung memang begitu… selalu tak ada selera makan.” Puan Sri Sharifah menegur sikap si anak yang dirasakan kurang biadap.

Selajur, pandangannya teralih ke wajah Nur Sumayyah. “Sudahlah Sumayyah, kalau tak mahu makan nasi, ratah sajalah lauk apa yang kamu nak. Betul cakap daddy kamu, dah tak ada selera takkan nak dijolok juga anak tekak tu,” dia memujuk menantunya. Nur Sumayyah hanya mengangguk akur.

Pandangannya dan Fahem bersatu. Dalam pandangan itu, Nur Sumayyah menghantar satu mesej – takkan tak boleh nak tegur elok-elok? Perlukah Sumayyah dimarahi?

 

“ABANG minta maaf, sayang… tak sengaja tadi.” Fahem cuba meraih maaf dari isterinya.

Nur Sumayyah hanya buat tidak tahu. Pandangannya masih terlekat pada siaran televisyen. Sebagai seorang isteri yang sedang mengandung, dia benar-benar terasa dengan nada suara Fahem tadi.

“Sayang…” dia cuba meraih tangan isterinya namun Nur Sumayyah pantas melarikan tangannya ke belakang.

“Okey… abang minta maaf, minta ampun. Abang tak sengaja tadi. Abang bukannya apa… abang cuma risau tentang kesihatan Sumayyah. Kalau sayang tak makan, abang takut kandungan tu lemah nanti. Abang nak anak kita dilahirkan dengan sihat.” Fahem cuba menerangkan situasi sebenar.

Nur Sumayyah memandang Fahem. “Abang, kalau abang jadi Sumayyah, abang mesti malu tau sebab kena marah depan mertua! Lagipun, abang tak fikir dulu ke sebelum nak marah? Kalau ya pun nak menegur, perlukah nak marah Sumayyah depan rezeki… depan orang tua abang… depan nenek abang? Abang ingat Sumayyah ni tak ada rasa malu ke?” Nur Sumayyah menghamburkan rasa hati yang terpendam sejak dari tadi.

Fahem terdiam seketika. “Abang bukannya apa… abang cuma nak jaga kesihatan Sumayyah.” Alasan tadi juga yang diputarkan.

“Tapi, tak payahlah nak marah sampai macam tu sekali!” bersama jawapan yang diberi, Nur Sumayyah terus berbaring dan membelakangkan suaminya. Fahem yang baru sahaja ingin membalas, terkedu dengan kelakuan isterinya. Dijeling seketika Nur Sumayyah yang sudah berselubung hingga menutupi kepala. Badannya tiba-tiba merasa panas. Pantas pandangannya teralih pada penghawa dingin yang bertentangan dengan katil. Fahem mengorak langkah.

Selepas menekan butang on pada alat kawalan jauh peghawa dingin, dia menapak ke balkoni. Memang setiap bilik di rumah neneknya dibina sekali dengan balkoni. Dia termenung sendirian. YA ALLAH, apa yang aku dah buat ni?

 
BANDA HILIR, MELAKA

“KAMI tak tahu kerja siapa semua ni, tuan.” Ujar Puan Zurita, akauntan di Berkat Travel & Tours Sdn. Bhd. Bos baharunya itu mengerutkan dahi seketika. Memerhati keadaan sekeliling pejabat.

“Masa saya buka pintu pejabat pagi tadi, keadaan dah bersepah macam ni. Saya pun terkejut jugak, tuan. Sebelum ni tak pernah jadi pun benda macam ni.” Zahidah, pembantu peribadi kepada pemilik lama syarikat pelancongan tersebut. Kini, dia akan berkhidmat di bawah pemilik baharu pula.

“Tuan nak repot polis ke?” soal Azrin, si penghantar surat.

Fahem meneliti lagi keadaan sekitar. Meja terbalik, kerusi dipatahkan, fail-fail habis bertaburan. Ini adalah dugaan pertamanya untuk memajukan semula syarikat pelancongan terkenal ini.

“Zahidah, tolong tanyakan di cawangan lain, ada tak pejabat mereka digeledah?” soal Fahem dengan pantas. Zahidah pantas melaksanakan arahan tersebut. Fahem bergerak ke pejabat kakitangan pentadbiran yang berbentuk partition. Salah sebuah dinding jenis spancheck  yang mempunyai kesan tumbukan menarik perhatiannya. Diteliti kesan tumbukan tersebut. Matanya membulat tatkala melihat kesan yang terbentuk di situ. Tak habis-habis kau nak cari pasal dengan aku!

“Tuan, saya dah telefon semua cawangan kita di seluruh negara. Nampaknya, pejabat mereka tak ada apa-apa yang terjadi.” Zahidah muncul semula 15 minit kemudian. Fahem menganggukkan kepalanya. Dia tahu ini kerja siapa. dalam diam, dia sudah membuat beberapa perancangan rapi.

“Panggil semua masuk ke bilik mesyuarat.” Arahnya.

Beberapa minit kemudian, bilik mesyuarat sudah penuh dengan semua kakitangan syarikat tersebut.

“Assalamualaikum dan selamat pagi. Sebelum tu sebagai Pengurus Operasi di HQ ni, saya nak minta maaf banyak-banyak kepada Tuan Fahem Izzuddin kerana terpaksa berhadapan dengan masalah ini pada hari pertama tuan datang ke sini. Baiklah, tanpa melengahkan masa, dijemput pemilik baru Berkat Tourism Sdn. Bhd, Tuan Fahem Izzuddin bin Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin untuk menyampaikan ucapannya.” Spontan Haji Malek menjadi ‘pengerusi majlis’ dalam mesyuarat tergempar.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya, Tuan Fahem Izzuddin adalah pemilik baharu kepada Berkat Travel & Tours Sdn. Bhd. Berdasarkan kepada apa yang Puan Zurita katakan kepada sya, inilah kali pertama syarikat pelancongan ini digeledah. Tapi… jangan panik dan terburu-buru. Saya akan membuat laporan polis. Jadi, kita terpaksa biarkan keadaan pejabat macam ni sebab polis akan menyiasat.”

No comments:

Post a Comment