WAKE UP CALL 38
SUDAH sebulan Nur
Sumayyah menghadiahkan dua orang putera untuk suaminya. Kini, dia menetap di
rumah orang tua Fahem. Genap sebulan, barulah Puan Sri Sharifah membenarkan mereka
tinggal di rumah mereka. Ini untuk memastikan agar menantu sulungnya itu
benar-benar sihat sebelum mula bekerja semula.
“Banyaknya lauk mummy masak. Ada tetamu
nak datang ke?” soal Nur Sumayyah tatkala tiba di dapur. Puan Sri Sharifah
menoleh seketika kepada menantunya dan memberikan sebuah senyuman manis.
“Ha ah, keluarga pakcik Mokhtar kamu
nak datang malam ni. Dia nak merisik Fateeha untuk Nizam. Tu yang mummy masak
lauk lebih sikit,” jawabnya sambil mengacau-ngacau tom yam di atas dapur.
“Oooh… patutlah ada orang tu,
Sumayyah tengok berseri semacam saja hari ni, mummy,” usiknya apabila Fateeha
yang sedang mengelap pinggan memandangnya. Adik iparnya itu tersengih-sengih
malu.
“Kak Sumayyah nak tahu tak… orang
cakap kalau macam nilah reaksi perempuan bila orang mengusik dia pasal kahwin,
tu tandanya dah merenyam sangat nak kahwin… tak sabar-sabar!” Zariff yang
sedang memotong tomato mengusik kakaknya. Wajah Fateeha yang tadinya ceria
terus bertukar masam. Kain lap pinggan di tangannya dibaling tepat mengenai
muka Zariff.
“Amboi amboi amboi mulut tu…
mengalahkan orang tua pulak, kan! Cili mulut tu karang baru tahu!” balas
Fateeha. Nur Sumayyah tergelak melihat ulah kedua-dua adik iparnya itu. Zariff
memang sudah diketahui perangainya… suka mengusik. Ketika dia sedang mengajar
di dalam kelas, sempat juga Zariff mengusik kawan-kawannya. Sekali-sekala, dia
pun turut terkena!
“Mummy, tengok Kak Fateeha ni, main
baling-baling kain lap pinggan kat muka orang pulak!” Zariff mengadu kepada
mummynya dengan bengang.
“Habis dah kau cakap akak ni gatal
sangat nak kahwin! Nasiblah kau, kena kain terbang!” Fateeha tetap tidak mahu
kalah.
Puan Sri Sharifah menggeleng kepala.
“Kamu tengok tu, Sumayyah. Asyik nak melenting saja si Fateeha ni. Agaknya bila
dah kahwin dengan si Nizam esok…”
“Hari-hari Abang Nizam kena pinggan
terbang, mummy,” Zariff menyampuk. Seketika kemudian, seisi dapur mentertawakan
Fateeha.
“Apa yang abang dengar kecoh-kecoh
sampai kat ruang tamu sana?” soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin. Risau juga
dia. Mana tahu, mereka tergelak sakan hingga dapur banglo itu runtuh!
“Abang tengoklah dua orang anak
abang ni! Bertengkar tak habis-habis!” Puan Sri Sharifah mengadu kepada
suaminya pula.
Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin
hanya tersenyum kecil. Faham sangat dengan perangai keanak-anakan Fateeha.
Suasana sunyi seketika. Tanpa mereka sedari, Fahem masuk ke dapur dan terus
memeluk isterinya dari belakang.
“Aaaarghhhhh!” Nur Sumayyah menjerit
sekuat hati akibat terlalu terkejut kerana dipeluk dari belakang dan dicium
pipinya.
Semua mata menoleh ke arah pasangan
suami isteri itu. Fahem hanya tersengih.
“Abang Fahem jangan nak buat adegan
bukan-bukan kat sini eh! Fateeha dengan Zariff ni suci murni lagi tahu!” dengan
serius Fateeha memberi amaran. Sekali lagi, dapur itu bergema dengan tawa
mereka sekeluarga.
“Okeylah mummy, daddy… kami naik
dulu. Nak tengok dua orang Hang Tuah kat atas tu,” ujar Fahem sambil menarik
tangan isterinya yang duduk di kerusi.
Mummy dan daddynya mengangguk.
FAHEM menjeling
isterinya yang sibuk menyusukan Fahmi di atas katil. Dia tidak faham, semenjak
pindah ke rumah orang tuanya isterinya telah berubah laku. Nur Sumayyah hanya
akan tersenyum apabila mereka berada bersama dengan ahli keluarganya yang lain.
Apabila di dalam bilik atau mereka berdua sahaja, pasti wanita itu akan diam
sediam-diamnya.
“Sayang, kenapa ni?” soal Fahem
sambil melipat sejadah yang sudah digunakan. Nur Sumayyah mengangkat kepala,
menatap seketika wajah suaminya. Sejurus kemudian dia menggeleng.
Fahem menuju ke katil. Dia duduk di
sebelah isterinya. Bahu si isteri diraih. Dikucup perlahan ubun-ubun Nur
Sumayyah. Wanita itu masih tetap mendiamkan diri. Bengang dengan keadaan itu,
Fahem bangun dan mengambil telefon bimbitnya di atas meja. Dia mencari music folder. Seketika kemudian, dia
mengambil gitarnya di sebuah sudut dan menarik kerusi meja solek dan
meletekkannya di tepi katil. Nur Sumayyah menjeling seketika perbuatan
suaminya. Fahem terus memainkan sebuah
lagu dari telefon bimbitnya sambil dia memetik gitar.
Pretty woman, walking down the street
Pretty woman, the kind I like to meet
Pretty woman… I don’t believe you, you’re not the
truth
No one could look as good as you
Mercy
Pretty woman, won’t you pardon me
Pretty woman, I couldn’t help but see
Pretty woman, that you look lovely as can be
Are you lonely just like me, wow
Pretty woman, stop a while
Pretty woman, talk a while
Pretty woman, give your smile to me
Pretty woman, yeah yeah yeah
Pretty woman, look my way
Pretty woman, say you’ll stay with me
Cause I need you, I’ll treat you right
Come with me baby, be mine tonight
Pretty woman, don’t walk on by
Pretty woman, don’t make me cry
Pretty woman, don’t walk away, hey… okay
If that’s the way it must be, okay
I guess I’ll go home, it’s late
There’ll be tomorrow night, but wait
What do I see
Is she walking back to me
Yeah, she’s walking back to me
Oh, oh , pretty woman
Akhirnya Nur Sumayyah mengukir
sebuah senyuman manis, khas untuk suaminya. Tidak dapat dinafikan, Fahem memang
pandai mengubati rajuk dan bad moodnya.
“That’s
my girl, my wife, my soulmate.” Fahem menggosok-gosok perlahan kepala
isterinya.
Tangannya ditepis. Walaupun
perlahan, namun Fahem tetap berkecil hati. Dia cuba menyabarkan diri. Akhirnya
dia bangun untuk mengambil kotak sekotak rokok, pemetik api dan telefon
bimbitnya yang terletak di atas meja di sebelah katil. Tanpa sebarang kata, dia
terus keluar dan menuju ke beranda rumah. Nur Sumayyah hanya memandang sayu
langkah suaminya melepasi pintu bilik.
“MACAM mana dengan hal
budak-budak ni?” soal Tuan Mokhtar ketika mereka sedang bersantai-santai di
ruang tamu mewah itu.
Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin
tersenyum kecil. “Macam mana, macam mana?” soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad
Izzuddin dengan nada gurau. Tuan Mokhtar dan isteri serta Puan Sri Sharifah
turut tergelak.
“Yalah. Aku rasa Din, elok dah
alang-alang nak berbincang ni, baik terus merisik je. Nanti mereka terus
bertunang. Tak payah nak dua tiga kali kerja, kan,” cadang Tuan Mokhtar.
Tersenuym kecil Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin mendengar cadangan itu.
“Kamu ni dah tak sabar nak
bermenantu ke, Mokh?” usiknya lagi. Terus bergema ruang tamu banglo itu dengan
tawa Tuan Mokhtar dan isteri.
Si isteri mencuit sedikit lengan
suaminya. “Abang ni, gelak tu perlahan-lahan sikit. Terkejut cucu-cucu si Din!”
walaupun teguran itu perlahan, namun tetap didengari oleh pasangan tuan rumah.
Tersenyum kecil Puan Sri Sharifah dan suaminya.
“Zariff,” teriak Tan Sri Tuan Haji
Ahmad Izzuddin memanggil anak ketiganya. Zariff keluar dari dapur menuju ke
sofa yang diduduki oleh kedua orang tuanya.
“Ya daddy?”
“Tolong panggilkan Abang Fahem
dengan Abang Nizam kat luar kejap, nak.” Arah si bapa. Zariff mengangguk faham
lalu mengorak langkah menuju ke beranda, melaksanakan arahan daddynya.
Tak lama kemudian, kedua-dua pemuda
itu masuk. Kemudian Zariff diarahkan pula oleh mummynya untuk memanggil
kakaknya yang sedang bersantai bersama Nur Sumayyah dan anak-anak di ruang
keluarga yang bersebelahan dengan ruang tamu.
“Fateeha, daddy nak tanya kamu.
Setuju tak kalau pakcik Mokhtar nak merisik kamu sekarang?” soal Tan Sri Tuan
Haji Ahmad Izzuddin dengan hati-hati.
Fateeha yang duduk bersama kedua
orang tuanya di sofa panjang hanya menundukkan muka sambil bermain-main dengan
jari-jemarinya yang bertaup. Malu benar barangkali. Sekali lagi soalan sama
diulang tetapi ditanya oleh mummynya pula.
Fahem yang hanya duduk di sofa satu
tempat duduk hanya tersengih-sengih melihat reaksi adiknya. ‘Malulah tu’.
Kutuknya dalam hati.
“Jawablah Fateeha. Nizam dah tak
sabar nak dengar jawapan kamu,” usik Fahem. Puan Sri Shraifah berdehem beberapa
kali, sebagai teguran kepada Fahem. Tuan Mokhtar dan Puan Mahira tergrlak
kecil.
Mendengar usikan Fahem, automatik
kepala Fateeha terangkat. Tatkala ingin memandang abangnya, matanya bersabung
seketika dengan pandangan redup yang diberikan oleh Nizam. Lantas niat di hati
yang ingin bertikam lidah dengan Fahem terus mati. Kepalanya tunduk semula.
“Fateeha?” Puan Sri Sharifah memeluk
seketika bahu anaknya. Dengan kepala yang masih menunduk, dia mengangguk.
Nizam menarik nafas lega. Sebenarnya
dia sudah berbincang degan Fateeha yang anak dara itu aakan dirisik pada malam
ini. ‘Fateeha ni, saja buat gempak.’ Bebelnya dalam hati.
Lantas Puan Mahira mengeluarkan
cincin tanda di dalam beg tangannya dan menyerahkan kotak cincin berwarna biru
itu kepada Puan Sri Sharifah.
Puan Sri Sharifah kemudiannya
mengeluarkan cincin tersebut dari tempatnya dan menyarungkannya di jari manis
anak perempuan tunggalnya. Secara tiba-tiba, pancaran cahaya menyilaukan
pandangan mereka seketika.
Zariff hanya tersenyum tatkala semua
mata memandang ke arahnya. “Mengabadikan kenangan manis di dalam gambar,”
jawabnya dengan mulut yang masih tersengih panjang.
Fateeha dengan pantas mengambil
sebuah majalah di bawah meja dan memukul kuat bahu adiknya.
“Aduuhhh! Apa Kak Fateeha ni! Depan
bakal mak bapak mertua pun nak jadi ganas jugak ke?” bentak Zariff sambil
mengurut bahunya yang dipukul.
Tuan Mokhtar dan Puan Mahira tidak
dapat menahan gelak. Namun mereka sedia maklum. Anak-anak kawan baik mereka
memang lepas laku sahaja bila mereka datang.
Suasana kembali diam seketika. Mata
Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin ternampak sebuah sampul pos ekspress yang
terletak elok di atas meja kecil bersebelahan sofanya. Dia membelek seketika.
‘Nama aku ni’. Detik hatinya. Hingar-bingar suasana ruang tamu itu tidak
dihiraukannya. Sampul pos ekspress itu lebih menarik perhatiannya.
Dengan rakus dia mengoyakkan sampul
pos ekspress yang bersaiz 220mm x 110mm. beberapa keping gambar melorot jatuh
di atas pahanya. Dikutip semuanya. Mata tuanya menatap gambar-gambar tersebut.
“Fahem Izzuddin!”
No comments:
Post a Comment