REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 30 November 2010

CSU 17

CINTA SEORANG USTAZ 17


GUNUNG LEDANG

“APA kata lepas ni kita mendaki nak?” Hamka memberi idea ketika mereka sedang meneguk air mineralnya. Iskandar yang sedang menghirup sup maggi cup terhenti sebentar.
        “Aku setuju je, Ham. Tapi, kau kena tanya kawan kau yang keje gomen ni, la.” Balas Black pula. Isakndar memandang Black yang mengunyah semula Gardenia Fibremeal.
        “Aku tak kisah kalau nak mendaki. Tapi, kena tunggu budak cuti sekolahlah. Kalau setakat cuti Sabtu Ahad kau nak ajak mendaki, mau jadi macam Cikgu Shaari aku nanti. Dia tidur dalam kelas sebab buat part-time kat kelab, aku ni tidur dalam kelas sebab mendaki Gunung Ledang. Mau mengamuk adik mummy aku nanti.” Jawab Iskandar dengan selamba. Semua rakannya yang di situ sudah tergelak.
        “Alah, Pengetua tu kan bapa sedara kau jugak. Katalah kau MC ke, apa ke. Bukannya kau memonteng.” Andy memberi idea. Iskandar menggeleng.
       “Walaupun Tuan Pengetua tu bapak sedara aku, tapi aku tak suka nak amek kesempatan. Tak mahulah aku. Nanti ada pulak mulut-mulut yang mengata aku dengan bapak sedara aku. Malaslah aku.” jawab Iskandar. Terus disuap maggi ke dalam mulutnya.  Hamka dan Isha saling berpandangan. Isha dapat membaca sesuatu yang tersirat di dalam senyuman Hamka kepada Iskandar.
       “Is... apa kata bila time mendaki nanti, kau bawak awek baru kau tu.” Hamka mengutarakan sesuatu. Iskandar yang sedang menghirup sup maggi cup tersedak-sedak. Kemudian terbatuk-batuk pula. Cepat-cepat dicapai botol mineralnya dan diteguk dua tiga kali. Mereka semua sudah tergelak.
       “Celakalah kau, Ham! Tersedak aku, tahu!” Iskandar sudah menitiskan air mata sedikit akibat daripada kesedakan tadi. Mereka semua saling berpandangan.
       “Dahsyat kau Is. Baru break dengan Sandra, kau dah berani pasang lain?” soal Black. Iskandar menggeleng.
       “Aku terpaksalah. Aku takut kalau daddy aku carikan perempuan yang entah apa-apa untuk aku. Manalah tahu, nanti harap saja pakai tudung. Tapi, nak mengikis harta keluarga aku pulak. Sekurang-kurangnya, awek baru aku ni student aku. Aku kenal perangai dia macam mana. Lagi satu, hari-hari jumpa dia. Tak payah nak membazir duit keluar dinner atau lunch. Tatap muka dia dalam kelas, dahlah. Terubat jugak rindu aku.” jawab Iskandar dengan muka tak bersalahnya.
       “Student???” semua rakan-raknnya terperanjat.
       “Kau biar betul, Is?” Soal Donny pula. Malas mahu melayan, Iskandar sekadar mengangguk sahaja.
       “Budak yang kau bawak dulu tu?” Andy meminta kepastian. Iskandar mengangguk lagi dengan malas.
       “Wei, kita ni asyik bercerita saja. Jomlah mandi.” Ujar Iskandar. Dalam pada itu, dia mengelak untuk menjawab segala soalan dari rakan-rakannya. Dia belum bersedia. Kalau salah jawab, memang teruk dia disindir nanti. Berdiam diri adalah lebih baik buat masa ini.
       Mereka semua bersetuju. Hamka, Andy dan Balck mahu membuka baju mereka namun Iskandar pantas menegah.
       “Come onlah, takkan belum kahwin nak tunjuk body? Tak surpriselah! Dah lepas kahwin nanti, kau telanjang depan diorang, mesti diorang suka punya.” Iskandar memberi nasihat dalam bentuk gurauan. Mereka berempat sudah tergelak. Dengan bert-shirt putih tebal dengan track suit panjang, Iskandar turun ke dalam air terjun perlahan-lahan. Mereka mandi di dalam dua kumpulan – lelaki dan wanita namun rapat sedikit. Takut pula jika terjadi apa-apa terhadapa ketiga-tiga wanita tersebut. Ketika mereka bermain-main air, Iskandar ternampak sesusuk tubuh di sebalik pokok besar di tebing yang bertentangan dengan kawasan perkhemahan mereka. Diamati figura tersebut. Iskandar terkejut. Granddad? Macam mana orang tua tu boleh sampai ke sini? Ketika otaknya kigat bekerja, tiba-tiba sekujur tubuh wanita tua muncul dari belakang tubuh lelaki tersebut. Makin terkejut Iskandar. Rakan-rakannya yang seronok bermain air langsung tidak mempedulikannya. Dan dia juga tidak mempedulikan mereka. Hamka perasan yang Iskandar tidak menyertai mereka semua. Segera disiku sedikit pinggang rakannya itu.
         “Oo si Hamka main dalam air!” Iskandar melatah. Semua sudah tergelak.
         “Kau kenapa Is?” soal Hamka.
         “Wei korang. Berhenti main air sekejap.” Arah Iskandar. Semua menurut arahannya.
         “Kau nampak tak dua orang tua Inggeris tu?” soal Iskandar sambil jari telunjuk kanannya menuding ke arah tersebut. Mereka semua memandang tempat tersebut. Namun tiada siapa. Mereka menggelengkan kepala.
         Iskandar mula hairan. “Tulah... kat pokok besar tu. Takkan kau orang tak nampak. Tengok... dia gamit kita suruh datang ke sana.” Tambah Iskandar. Mereka menoleh lagi.
         “Mana ada Is? Kau jangan main-main Is.” Balas Black. Bulu romanya sudah berdiri tegak seperti menyanyikan lagu kebangsaan. Tanpa mempedulikan rakan-rakannya, Iskandar membuat keputusan.
         “Aku nak ke sanalah.” Ujar Iskandar sambil mengorak langkah namun semua sahabatnya cepat membuat bulatan. Ingin menghalangnya dari ke sana.
         “Kau ni Is. Janganlah macam ni. Manalah tahu orang tua tu sebenarnya ‘benda tu’. Mungkin dia nak uji kau.” Ujar Donny. Iskandar berfikir dua tiga kali. Betul juga apa yang Donny cakap.


DI SEBUAH KAMPUNG

“ABANG tahu, ada orang sukakan anak dara kita ni.” Beritahu Mak Munah ketika mencedokkan nasi untuk suaminya. Tiga bulan tidak berjumpa suaminya, rindu pula. Mak Munah pekerjaan Mohd Lazim sebagai pemandu lori. Kadangkala, memandu lori kontena. Lailayang sedang menuang sirap limau ke dalam gelas sudah menjeling muka emaknya yang kelihatan gembira. Minta-mintalah abah marahkan mak. Doanya dalam hati.
       “Siapa?” soal Mohd. Lazim dengan wajah yang ceria. Hemm... abah nie... hatinya makin mendongkol geram.
      “Nama budak laki nie... Iskandar Zulkarnain bin Datuk Alexander Al-Hafiz. Guru kelas si Lailalah. Budak tu ustaz, bang.” Beritahu Mak Munah lagi.
     “Mak...” Laila menegur emaknya. Mohd Lazim dan Mak Munah sudah tergelak.
     “Kenapa nama bapak dia macam orang putih saja?” soal Mohd Lazim. Dalam hati, dia bersyukur. Ada juga orang yang hendakkan anak daranya ini.
     “Bukan macam abah... tapi memang bapak dia orang putih pun.” Jawab Laila dengan malas. Terangkat kening Mohd. Lazim. Setelah mengaminkan doa, mereka bertiga makan dengan penuh selera.
     “Maknanya, ustaz kamu tu orang putih tulenlah?” soal Mohd Lazim sambil mengambil sedikit kobis yang dicincang halus di dalam mangkuk kaca. Laila menggeleng.
    “Dia kacukan. Bapa dia orang putih. Mak dia orang Melayu.” Beritahu Laila. Mohd Lazim dan Mak Munah mengangguk faham.
    “Ohh. Kalau macam tu, telefonlah ustaz tu, ajak dia datang rumah kita. Makan kat sini.” Ajak Mohd Lazim. Laila membulatkan biji matanya.
     “Abah... dah gila agaknya abah ni ya?” Laila menepuk dahinya. Apalah nak jadi dengan mak abah aku ni??? Sebelum masuk tingaktan 5, bukan main lagi mak abahnya memberi nasihat. ‘Jangan gatal nak bercinta. Ingat, awak tu nak SPM. Tumpu pada pelajaran dulu. Habis SPM, baru boleh bercinta.’ Mak Munah dan Mohd Lazim saling berpandangan sambil tergelak.
     “Apa salahnya? Tak lama lagi, jadi jugak menantu kami.” Selamba saja Mohd Lazim menjawab. Mendengar saja perkataan ‘menantu’, terus Laila tersedak. Diteguk sedikit sirap limaunya. Laila hanya menjeling mak dan abahnya yang sudah tersenyum mengejek. Hisy... kenapalah dengan mak abah aku hari ni???

ASAHAN, MELAKA

KETIKA melalui sebuah kawasan perumahan yang baru siap, Iskandar meminta Black menghentikan Nissan X-Trailnya.
       “Kenapa Is?” soal Black. Iskandar melihat kawasan sekeliling dari dalam kereta.
       “Aku dapat rasa macam ada yang tak kena dengan projek daddy aku ni.” Lantas Iskandar turun dari kereta. Yang lain juga sama. Kali ini pemandangannya lebih luas. Kawasan itu dirasakan seperti mati, tidak berseri. Dipandang lagi sekeliling kawasan tersebut. Kemudian, didekatinya. Alangkah terkejutnya Iskandar apabila melihat tanah merah yang diletakkan lurus, seperti benteng di sekeliling kawasan tersebut. Astaghfirullah-al-azim! Iskandar beristighfar di dalam hati.
       “Ini... sihir tanah kubur.” Dia berkata pada dirinya sendiri.
       “Apa Is? Sihir tanah kubur?” walaupun perlahan, Andy dan Hamka masih dapat mendengar butir katanya. Iskandar menoleh ke arah mereka dan mengangguk.
       “Aku syak... ada orang tengah cuba nak lingkupkan perniagaan daddy aku.” tambah Iskandar. Dipandang lagi kawasan tersebut. Dia membaca Ayatul-kursi.
      “Tapi Is... sihir tanah kubur? Aku tak pernah dengar pun?” soal Black.
      “Ada ke sihir tanah kubur?” soal Isha pula. Donny dan Watie saling berpandangan. Mereka mengangguk serentak.
      “Ada. Tok bomoh ni, mereka akan ambik tanah di mana-mana kubur.... aku dengar kalau dapat kubur tok bomoh ke, pengamal ilmu hitam ke, lagi bagus. Lepas tu, mereka akan tabuhkan di tempat yang pelanggan mereka suruh. Jadi bila orang luar lalu di kawasan yang ditabuhkan tanah kubur tu, mereka akan lihat kawasan tu suram, tak berseri, kawasan tu kelihatna usang walaupun kelihatan cantik. Yalah macam orang mati. Bila orang mati kan, suram, semuanya tak berseri, usang. Macam tulah jugak. Kadang-kadang, ada yang langsung tak nampak kawasan tu.” Terang Iskandar.
       “Habis tu, kau tahu ke siapa yang buat ni?” soal Donny. Iskandar menganggguk.
       “Aku rasa aku dapat agak siapa tapi aku tak mahu menuduh.” Jawab Iskandar. Hamka memandang iskandar pula.
       “Maksud kau...” belum habis ayatnya, Iskandar sudah meletakkan jari telunjuk di mulutnya. Isyarat supaya diam.
       “Habis tu, kau nak buat apa sekarang?” soal Watie yang masih memandang kawasan sekeliling.
       “Tengoklah. Aku akan beritahu daddy aku hal ni. Dan aku akan bawa Nik Haji Majid, adik ipar abah aku dari Kelantan untuk membantu aku membersihkan kawasan ni.” jawab Iskandar.
       “Marilah, kita makan kat kedai depan tu. Perut aku pun dah lapar ni.” ajak Iskandar. Tiba-tiba semua mata memandangnya.
       “Is... kau ni mengelamun ke apa? Mana ada kedai makan kat depan tu?” tempelak Andy. Yang lain mengangguk. Bagai setuju dengan kata-kata Andy.
       “Yalah, mana ada kedai makan di depan tu, Is. Mata kau dah terpeleot ke, Is?” tambah Donny pula. Mereka sudah tergelak. Namun tidak pada Hamka. Walaupun dia seperti yang lain, tidak nampak kedai itu tapi dia tahu, Iskandar tidak berbohong.
       “Mana tak terpeleot? Dah dua hari tak dengar suara student kesayangannya.” Black mengusiknya pula. Iskandar hanya tersenyum tawar. Dia malas mahu melayan mereka. Di situ, memang ada kedai makan. Memang mereka tidak nampak selagi kedai itu ‘diselubungi’ tanah kubur. Iskandar tahu, mata hatinya tidak menipu. Mata kasarnya juga tidak menipu. Naum, mata rakan-rakannya ditipu oleh sihir. Dalam hati, dia mencongak sesuatu. Nantilah, bila dah bersihkan tempat ni, aku tolong makcik tu bersihkan kawasan kedai dia pula.

ALEXIS-AMINA HOLDINGS CORPORATION

MACAM mana boleh jadi macam ni? soal Datuk Alexander dalam hati. Pantas ditekan interkom. Kemudian dia meminta setiausahanya memanggil Shakir, Pegawai Strategi Pemasaran dan Daniel, Pengurus Penjualan. Tak lama kemudian, mereka masuk setelah Datuk Alexnder membenarkannya.
       “Macam mana boleh jadi macam ni Shakir, Daniel?” soal Datuk Alexander dengan lembut.  Shakir dan Daniel mengangkat bahu.
       “Kami pun tak tahulah, Datuk. Biasanya bila kita open, ramai yang daftar untuk membeli. Tapi ni, satu pun tak ada. Itu yang kami musykil, Datuk.” Jawab Daniel.
       “Kamu ada letak banner, papan-papan tanda, iklan di kawasan sekitar tentang perumahan yang kita jual?” soal Datuk Alexander kepada Shakir pula. Lelaki berusia 35 tahun itu mengangguk.
       “Saya dah letak, Datuk. Dan saya pun ada tulis boleh lihat rumah contoh bila dah siap nanti.”  Jawab Shakir. Ketiga-tiga mereka terdiam seketika. Datuk Alexander melihat jam tangannya. 3.45 petang. Interkom di atas mejanya berbunyi.
        “Datuk, anak Datuk, Encik Iskandar nak jumpa.” Suara setiausahanya bergema. Dengan pantas, Datuk Alexander mengarahkan agar Iskandar berjumpa dengannya.
        Sekali ketuk, Iskandar mendengar daddynya memberi arahan supaya masuk. Bila masuk, dia melihat dua orang pekerja daddynya sedang meneliti beberapa dokumen. Dia bersalaman dengan kedua-dua pekerja itu sambil tersenyum. Kemudian, dicium tangan daddynya pula.
        “Ada apa kamu datang ni?” soal Datuk Alaexander.
        “Saja... nak lawat daddy, tak boleh?” jawab Iskandar. Datuk Alexander mencebik.
        “Cara Is bagi jawapan, macamlah kita ni duduk berasingan.” Iskandar hanya tersengih.
        “Ni kenapa muka semua sugul semacam saja?” soal Iskandar.
        “Ni ha, pasal projek baru di Asahan tu. Selalunya bila kami open untuk daftar masuk rumah, ramai yang daftar. Tapi ni, langsung tak ada.” Jawab Datuk Alexander. Diramas-ramas rambutnya yang perang itu.
        “Is tahu kenapa.” Iskandar bersuara. Tiga pasang mata memandangnya.
        “Kenapa?” soal Datuk Alexander seperti tidak sabar. Iskandar menarik nafas panjang seketika.
        “Mari kita semua duduk kat sofa dulu.” Ajak Iskandar.

“BETUL ke ni? Is jangan nak tipu daddy.” Datuk Alexander memberi amaran.
        Iskandar tergelak sedikit. “Daddy ingat, Is ada masa ke nak tipu benda-benda macam ni?” balas Iskandar. Daniel dan Shakir saling berpandangan. Mereka memandang wajah Datuk Alexander.
        “Jadi, maksud Iskandar, mereka tak nampak langsung kawasan perumahan tu?” soal Daniel. Iskandar mengangguk.
       “Tak semua orang nampak. Dan tak semua orang tak nampak. Tpai yang nampak tu, mereka melihat kawasan perumahan tu macam tanah perkuburan. Suram, sunyi, sepi, mati, tak ceria, tak berseri, orang takut nak ke sana. Senang cerita... macam mana diorang tengok tanah perkuburan, macam tulah dia tengok kawasan perumahan tu.” Terang Iskandar. Datuk Alexander menghela nafas panjang.
       “Nampaknya uncle kamu memang betul-betul nak musnahkan daddy.” Luah Datuk Alexander. Iskandar memandang daddynya.
       “Daddy, tak elok kita tuduh Uncle William yang buat semua tu.” Ujar Iskandar. Datuk Alexander memandangnya.
       “Daddy dah boleh agak! Memang ni semua kerja dia. Dia memang berdendam sangat dengan daddy. Dari dulu sampai sekarang!”
       “Okey, Is ada fikir macam tu jugak. Tapi, itu belakang cerita. Sekarang ni, Is rasa daddy kena bersihkan kawasan tu. Nanti Is akan bawa Nik Haji Majid dari Kelantan untuk bantu Is. Daddy jangan risau, okay?” tambah Iskandar. Datuk Alexander mengangguk faham.




No comments:

Post a Comment