REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 12 September 2011

Mat Sabu dan Bukit Kepong

Malam semalam, saya menonton cerita Bukit Kepong arahan Jins Shamsuddin di TV2. ketika Balai Polis Bukit Kepong diserang, saya terasa amat marah terhadap komunis. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi hajat mereka. Yang saya ingat salah satu scene ialah di mana komunis memasang bom di bawah jambatan untuk melenyapkan tiga trak anggota tentera. Namun, mereka terselamat. Ini kerana terdapat sedikit masalah pada sebuah wayar. Kebetulan, sebiji kereta lalu di situ. Dan akhirnya, kereta tersebut mangsa bom mereka. Apalah dosa orang itu kepada mereka?
Klimaks cerita itu adalah apabila Balai Polis Bukit Kepong diserang. mereka diserang habis-habisan, bertalu-talu. Setiap anggota polis yang ingin keluar dari kawasan Balai Polis Bukit Kepong untuk mendapatkan bantuan luar, setiap kali itulah mereka ditembak sehingga mati walaupun telah dicover oleh beberapa orang anggota polis. Yang terlepas hanyalah Hussain Abu Hasan (saya tidak ingat nama wataknya). Walaupun berkali-kali dia ditembak komunis ketika berada di dalam air, dia tetap masih hidup. Kematian seorang demi seorang anggota polis yang diratapi oleh isteri dan anaknya membuatkan air mata saya tumpah. Bergenang kolam mata saya. Ketika Sjn Jamil masuk semula ke dalam rumah-rumah polis yg hangus terbakar untuk mengeluarkan sesiapa saja yang masih bernyawa, dia pula yang terkorban. Ketika itu, sekali lagi saya menangis.

Beberapa hari sebelum kita menyambut Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan, orang nombor dua PAS, Mat Sabu telah menyatakan bahawa polis yang berjuang habis-habisan dalam peristiwa Bukit Kepong bukan pejuang. Pejuang yang sebenar adalah Mat Indera dan Komunis. Saya tak faham kenapa dia harus menimbulkan peristiwa yang sudah menjadi sejarah. Pada saya, tindakan Mat Sabu itu tidak lebih hanya untuk mencari publisiti politik murahan. Bukan maksud saya di sini saya adalah penyokong UMNO/BN. Kerajaan pun apa kurangnya. Sama saja seperti pembangkang yang sanggup apa saja publisiti murahan semata-mata untuk kepkepentingan politik. Seperti yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kadangkala, saya kesian dengan beliau yang terlalu dihimpit dengan pelbagai kes yang berkaitan dengan seks. Kesian saya pada dia bukan sebab saya penyokong kuat dia. Jika benar dia berzina dengan pelacur, biarkanlah. biarlah dia menjawab dengan PENCIPTA di akhirat nanti. Biarlah jabatan agama menyiasat dan memberi hukuman hudud kepadanya. Kenapa perlu dijaja di dalam suratkahbar? Kenapa perlu dijaja videokilp tersebut di dalam suratkhabar dan youtube? Bukankah ini mendatangkan aib kepadanya yang sudha beranak cucu.

Berbalik semula tentang Mat Indera. Setelah saya membaca mengenai beliau di dalam internet, inilah hasilnya. Beliau sebenarnya adalah seorang yang kuat pegangan agama. Bagaimana dia boleh terjebak dengan PKM? Pada saya, dia sebenarnya salah cara. Polis menentang Komunis kerana ingin mempertahankan Tanah Melayu tercinta. Namun, mereka berada di pihak British. Mat Indera pula berjuang bersama-sama komunis untuk menentang British. Jika benar dia ingin menentang British, kenapa dia tidak membuat rancangan seperti yang berlaku terhadap Sir Henry Gurney yang mati dibunuh ketika di Bukit Frazer? Ketika itu, gerila komunis yang diketuai Chin Peng hanya mensasarkan pada Henry Gurney saja, sedangkan yang lain terselamat. Ataupun, membuat serangan seperti yang dilakukan oleh Dato' Maharajalela terhadap JWW Birch di Pasir Salak Perak. Ataupun meniru lagak Rosli Dhobi yang dipilih oleh Rukun 13 untuk membunuh Duncan Stewart.

Pada saya, Mat Indera mungkin serba salah. Mahu bersama-sama polis, bermakna dia bersama-sama British yang ingin ditentang. Mendiamkan diri melihat tanah air dijajah, tidak senang pula hatinya. Mungkin dia ter'paksa' menganggotai PKM. Siapa tahu? Samalah seperti kita pada hari ini. Jika kita mengundi pembangkang pada pilihanraya, bermakna kita membiarkan orang Cina mengambil alih tmapuk pemerintahan negara. Jika kita memilih kerajaan yang ada kini, ini bermakna kita menyokong apa saja aktiviti rasuah mereka. Tipulah jika tida rasuah dalam politik. Terutamanya politik kotor yang sednag menghantui negara kita.

Sejarah bukan untuk didebat tetapi untuk diambil pengajarannya. Apa yang saya tulis di sini, sebenarnya adalah pandangan saya. Tak kiralah ada orang mahu kata Mat Indera itu pejuang atau pengkhianat. Apa yang penting, kita sebagai generai muda harus menggembeling bersama-sama orang-orang tua, belia, anak-anak kecil, polis, tentera, kerajaan, pembangkang, raja-raja(senang cerita semua rakyat Malaysia)  untuk terus mempertahankan kemerdekaan yang telah dikecapi.

No comments:

Post a Comment